Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mayat pelakon Glee Naya Rivera sudah ditemui

Mayat yang ditemui di sebuah tasik di California adalah pelakon Glee yang dilaporkan hilang sebelum ini, Naya Rivera, menurut para pegawai pada Isnin (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat pelakon Glee Naya Rivera sudah ditemui

Gambar fail pelakon Naya Rivera (Frederick M. Brown / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Diterbitkan : 14 Jul 2020 09:12AM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 09:17AM

LOS ANGELES: Mayat yang ditemui di sebuah tasik di California adalah pelakon Glee yang dilaporkan hilang sebelum ini, Naya Rivera, menurut para pegawai pada Isnin (13 Jul).

"Kami yakin mayat yang kami temui adalah mayat Naya Rivera," kata Syerif Ventura County Bill Ayub di sidang media di tebing Tasik Piru dekat Los Angeles.

Rivera, 33, dianggap mati lemas setelah dilaporkan hilang pada Rabu. Beliau sebelum ini menyewa bot di Tasik Piru bersama anaknya, Josey, empat tahun, yang tidak cedera.

Mayat Rivera ditemui pada awal hari Isnin dekat permukaan air di kawasan di mana botnya hilang, kata Ayub.

Beliau berkata keluarga Rivera sudahpun dimaklumkan dan mayat itu dibawa ke pejabat pemeriksa perubatan untuk dibedah siasat dan dikenal pasti secara rasmi melalui rekod pergigian. "Tiada tanda yang memberikan gambaran bahawa kematiannya disebabkan oleh perbuatan khianat ataupun bunuh diri," kata Ayub.

Anak lelaki Rivera, yang ditemui seorang diri dan sedang tidur, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia dan ibunya pergi ke tasik berkenaan untuk berenang di sana, sebuah kolam air riadah yang terletak kira-kira 80.47 km dari utara Los Angeles.

Ayub berkata masih belum jelas apa yang sebenarnya berlaku tetapi anak Rivera memberitahu para penyiasat bahawa ibunya menolaknya ke atas bot tetapi beliau sendiri tidak naik semula ke dalam bot itu.

Rivera tidak memakai jaket keselamatan.

"Glee," sebuah drama muzikal televisyen tentang sebuah koir sekolah menengah, adalah antara rancangan budaya pop paling popular 10 tahun lalu.

Seorang lagi pelakon Glee, Cory Monteith, yang melakonkan watak pemain bola Finn, meninggal dunia akibat salah guna dadah pada 2013, dan Mark Salling, yang memainkan watak Puck, bunuh diri pada 2018 setelah mengaku bersalah memiliki pornografi kanak-kanak.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan