Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Maya Matahari meninggal dunia

Penyanyi seberang tambak yang pernah popular dengan lagu Matahari, Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee meninggal dunia akibat barah pada Rabu (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Maya Matahari meninggal dunia

(Gambar: irooool_/Instagram)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 06:05PM Dikemas Kini : 18 Mar 2020 06:11PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi seberang tambak yang pernah popular dengan lagu Matahari, Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee meninggal dunia akibat barah pada Rabu (18 Mac).

Allahyarham, yang dilahirkan di Johor Bahru difahamkan menghidap barah tisu sejak tahun lalu. Beliau bagaimanapun dilaporkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Menurut Astro Awani, antara rakan baik Allahyarham Maya seperti penyanyi dan penyampai radio Haiza dan leda Moin juga baru dimaklumkan mengenai pemergian penyanyi itu, malah tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenainya.

Mereka juga sedang menunggu maklumat daripada keluarga Allahyarham.

"Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh," kata Haiza kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

leda pula berkongsi dengan pihak Astro Awani bahawa beliau baru sahaja menziarah sahabatnya di kediamannya dua minggu lalu. Menurutnya kepada Astro Awani, Allahyarham Maya rancak berbual meskipun sedang menanggung sakit.

"Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnnya," kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.

Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.

Allahyarham Maya mencapai populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995 dan pernah membintangani beberapa buah drama, filem dan teater.

Astro Awani turut melaporkan bahawa Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan