Mawar Rashid bertemu adik kandung selepas 23 tahun terpisah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram Mawar Rashid)
MALAYSIA: Pelakon Mawar Rashid berkongsi kegembiraan apabila dapat bertentang mata dengan adik kandungnya setelah 23 tahun terpisah.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28 tahun memberitahu Sinar Harian bahawa adik perempuan yang dikenali sebagai Aireen itu merupakan anak bapanya daripada perkahwinan bersama isteri ketiga.
“Jadi selepas 23 tahun, ini kali pertama jumpa adik kandung saya. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain,” katanya.
Tambah Mawar, Aireen mempunyai seorang lagi adik perempuan, sekali gus menjadikan dia kakak kepada dua adik perempuan.
“Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tak pernah jumpa adik-beradik daripada isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa, tetapi lupa sebab masa itu sangat kecil, umur saya lima tahun," tambahnya dalam laporan Sinar Harian.
Biarpun berlainan ibu, Mawar mengakui perasan sayang sangat menebal dalam jiwanya apabila berjumpa dengan Aireen.
Mawar berkata: “Selama ini saya fikir jadi anak bongsu, tapi sebenarnya ada adik lagi. Saya sebenarnya suka ada adik angkat dan sentiasa mahu ada adik perempuan. Alhamdulillah sekarang dapat jumpa betul-betul adik kandung."

“Dia pula sangat manis, cantik luar dalam dan paling penting seorang yang sangat positif. Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa saya bila berjumpa dengan Aireen,” luahnya dalam satu catatan di Instagram pada Jumaat (7 Jul).
Dalam perkongsian bersama Sinar Harian, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu turut mendedahkan bahawa pertemuan dengan adik kandungnya itu cukup membahagiakan dirinya sehingga sukar digambarkan dengan perasaan.
Beliau berkata: “Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik saya. Lebih-lebih lagi muka dia persis dan mirip sangat seperti arwah bapa. Rindu sangat kat arwah bapa.
“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Datuk Haji Wan Abdul Rashid,” katanya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.