Mat Kilau bakal ditayangkan di Netflix mulai 16 Sep
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Astro Gempak)
KUALA LUMPUR: Filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' arahan Syamsul Yusof bakal ditayangkan di platform penstriman digital Netflix sempena sambutan Hari Malaysia.
Berita baik itua diumumkan oleh Netflix dalam kenyataannya kepada pihak media, menurut Astro Gempak.
Menurut Netflix, Mat Kilau akan ditayangkan secara global pada 16 September kecuali Indonesia di mana filem itu akan dilancarkan pada 14 Oktober depan.
Netflix turut mengumumkan bahawa Mat Kilau akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat, lapor Astro Gempak.
Antara karya yang tersenarai dalam koleksi Rekaan Rakyat adalah 'BoBoiBoy: The Movie', 'Fly by Night', 'Maria Mariana I', 'Jimi Asmara' dan banyak lagi.
Filem epik terhangat Mat Kilau dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari, Rahim Razali dan Jalaluddin Hassan.
Sebelum ini, Mat Kilau mencipta sejarah apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Malaysia.
Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam merata Malaysia, Singapura dan Brunei, Mat Kilau meraih kutipan tiket berjumlah RM90 juta (S$28 juta).

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.