Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'The Masked Singer Malaysia' kembali untuk musim kedua bersiaran 28 Jan

Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang pernah mencetuskan fenomena semasa musim pertamanya sebelum ini, 'The Masked Singer Malaysia', kini kembali untuk musim kedua.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang pernah mencetuskan fenomena semasa musim pertamanya sebelum ini, 'The Masked Singer Malaysia', kini kembali untuk musim kedua.

Program tersebut akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula 28 Januari ini pada pukul 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107). Ia juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Seramai 14 selebriti yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai bidang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet, personaliti media sosial dan ramai lagi bakal bersaing sepanjang 10 minggu program tersebut.

Menariknya, kesemua peserta 'The Masked Singer Malaysia 2' itu akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki dan membuat persembahan misteri.

Karakter yang ditampilkan kali ini adalah Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.

Kesemua kostum itu direka khas oleh Akma Suriati Awang, individu yang bertanggungjawab mereka kostum-kostum untuk musim pertama sebelum ini.

Berpengalaman luas dalam rekaan dan perundingan fesyen, beliau bertanggungjawab bagi rekaan kostum untuk pelbagai produksi teater mega seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’.

Selain itu, pereka fesyen terkenal Malaysia, Hatta Dolmat, turut menyerikan kostum “The Masked Singer Malaysia 2” dengan sentuhan beliau dalam mempelbagaikan gaya kostum ketika persembahan.

Para peserta akan mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan sembilan juri iaitu Aznil Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan