Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Masalah kesihatan tidak halang Ezad ubat rindu peminat

Masalah kesihatan tidak menghalang bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim, daripada menghasilkan single duet terbaharu demi mengubati kerinduan para peminat setianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah kesihatan tidak halang Ezad ubat rindu peminat

Bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim. (Gambar fail: Ezad Lazim)

Diterbitkan : 28 Jun 2019 02:56PM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 03:09PM

KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan tidak menghalang bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim, daripada menghasilkan single duet terbaharu demi mengubati kerinduan para peminat setianya.

Ezad Lazim, atau nama sebenar Mohd Rohaizad Mohd Lazim, mendedahkan bahawa perjalanan kerjaya seninya terjejas sejak kebelakangan ini akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 40 tahun itu memberitahu Sinar Harian bahawa ia tidak dianggap sebagai alasan untuk beliau mengecewakan para peminatnya.

"Setiap kali jumpa peminat, saya sering ditanya tentang lagu baru. Jadi inilah masa yang ditunggu apabila single yang dirancang bersama Zamani telah siap dan dilancarkan menerusi saluran YouTube rasmi Broadway Entertainment.

"Saya harap lagu duet ini diterima ramai dan menepati apa yang mereka inginkan,” kata Ezad, sambil merujuk kepada single duet terbaru bersama penyanyi Zamani menerusi lagu Lima Aksara yang akan dilancarkan hari ini (28 Jun).

Sinar Harian juga melaporkan bahawa penyanyi itu bakal tampil bersama kumpulan Exists dalam program Konsert Minggu Ini terbitan RTM, yang akan berlangsung pada 6 Julai. Ini menjelang konsert reunion Exists yang bakal diadakan.

"Alhamdulillah, selepas kemunculan Exists di Anugerah Meletop Era lalu, ramai yang membuat permintaan dan mahukan kesemua anggota Exists sekali lagi tampil bergabung membuat persembahan di atas satu pentas.

"Selain persembahan di RTM dalam masa terdekat ini, insya-ALLAH kami kini dalam perancangan untuk tampil dengan sebuah konsert Reunion Exists dalam skala besar tidak lama lagi.

"Sebenarnya dari dulu kami ada membuat perancangan untuk buat konsert reunion ni tapi tak pernah menjadi. Semoga hasrat kami kali ini mampu dilaksanakan dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat Exists," katanya kepada Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan