Mas Idayu akhiri hidup solo selepas 15 tahun
Penyanyi Mas Idayu kembali bergelar isteri, sekali gus mengakhiri hidup secara solo selepas 15 tahun.

Mas Idayu selamat bernikah dengan Muhammad Sufian Che Isa pada 16 Sep 2022. (Gambar: Instagram/huda_hjkhalid)
Majlis pernikahan itu dihadiri sekitar 100 anggota keluarga dan kenalan rapat serta menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin bernilai RM1,001 (S$310) dan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Pernikahan Mas Idayu dan Muhammad Sufian juga sebelum ini dilaporkan mendapat tajaan RM7 juta (S$2.2 juta) termasuk busana, aksesori, lokasi majlis dan katering.
"Alhamdulillah, saya bersyukur majlis lancar. Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara dan peminat yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini," katanya kepada BH Online.
Mas Idayu turut mengaku teruja kembali bergelar isteri dan tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai sehingga mendapat banyak tajaan.
Mas Idayu dan Muhammad Sufian mula berkenalan sejak terlibat dalam program Mentor 3 pada 2008.
Namun, hubungan mereka dikatakan menjadi semakin rapat selepas Mas Idayu terbabit dalam program Lagu Cinta Kita tahun lalu, lapor BH Online.
Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006.
Mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25 tahun, hasil perkahwinan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.