Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mark Lee menang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Mark Lee menang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia

Gambar: CNA

Diterbitkan : 09 Dec 2022 07:42AM Dikemas Kini : 09 Dec 2022 10:06AM
SINGAPURA: Pelawak terkenal Singapura, Mark Lee menang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia yang berlangsung di Singapura.

Anugerah itu bagi lakonannya sebagai pekerja pejabat dalam drama bersiri bahasa Mandarin di laman web yang berjudul, "It's All Your Fault".

Beliau adalah satu-satunya rakyat Singapura yang menang anugerah pada hari kedua majlis itu pada Khamis malam (8 Dis).

Jodi Santamaria dari Filipina dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi wataknya sebagai Dr Jill dalam drama bersiri "The Broken Marriage Vow".

Jung Hae-in dari Korea Selatan pula menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik bagi lakonannya dalam drama bersiri, D.P.

Korea Selatan juga menang anugerah Drama Bersiri Terbaik bagi drama berjudul "Twenty-Five Twenty-One".

Secara keseluruhannya 40 anugerah disampaikan dalam majlis dua hari di Chijmes itu dan Singapura menang lapan kategori.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan