Marina Bay Sands hasilkan filem pendek sempena SG60
Pelakon tempatan Tan Kheng Hua (kiri) membintangi 'Nothing Comes By Chance' bersama anak kandungnya Lim Shi An. (Gambar: Marina Bay Sands)
Bahkan, Marina Bay Sands pada Jumaat (1 Ogos) melancarkan sebuah filem pendek sepanjang empat minit bertajuk 'Nothing Comes By Chance', yang memberi penghormatan kepada semangat dan kemajuan Singapura.
Filem ini diarahkan oleh pembuat filem terkenal Kirsten Tan dan menampilkan pelbagai tokoh terkenal Singapura yang sudah mengharumkan nama negara termasuk pelakon veteran Tan Kheng Hua dan Pierre Png, perenang dan pemenang pingat emas Quah Zheng Wen, serta penyanyi Jasmine Sokko.
Filem pendek itu menampilkan pelbagai babak kehidupan seharian rakyat Singapura, yang disisipkan dengan monolog yang menjulang ketabahan dan daya tahan negara ini.
Para penonton juga akan melihat babak-babak yang sangat dekat dengan kehidupan seharian mereka, seperti adegan Tan Kheng Hua membeli biskut manis dari kedai kejiranan untuk menenangkan anak perempuannya, Lim Shi An.
Dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Operasi Marina Bay Sands, Paul Town, berkata: "Ia satu penghormatan bagi Marina Bay Sands dapat berdiri teguh bersama Singapura dan rakyat negara ini dalam meraikan satu lagi dekad penuh pencapaian dan kemajuan.
"Perjalanan yang dilalui negara ini selama 60 tahun amat luar biasa, dibentuk oleh daya tahan, cita-cita, dan pembaharuan berterusan, iaitu nilai-nilai yang terus memberi inspirasi kepada kami hingga ke hari ini."
*"Berkembang maju bersama Singapura adalah satu keistimewaan, dan kami kekal komited untuk terus menjalani perubahan bersamanya apabila kita memasuki babak baharu bersama, dipacu oleh nilai-nilai yang kita kongsi bersama."
'Nothing Comes By Chance' boleh ditonton di laman rasmi Marina Bay Sands.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.