Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Manusia kalkulator" M'sia naib juara Asia Got Talent 2019

"Manusia kalkulator" rakyat Malaysia, Yaashwin Sarawanan, diumumkan menduduki tempat dua tangga teratas daripada sembilan persembahan di peraduan bakat Asia Got Talent 2019 yang baru berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
"Manusia kalkulator" M'sia naib juara Asia Got Talent 2019

Ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien dan "manusia kalkulator" rakyat Malaysia, Yaashwin Sarawanan, masing-masing juara dan naib juara Asia's Got Talent 2019. (Gambar: Asia's Got Talent/Instagram).

Diterbitkan : 12 Apr 2019 11:40AM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 11:47AM

SINGAPURA: "Manusia kalkulator" rakyat Malaysia, Yaashwin Sarawanan, diumumkan menduduki tangga dua teratas daripada sembilan persembahan di peraduan bakat Asia Got Talent 2019 yang baru berakhir.

Yaashwin, 15 tahun, mengucapkan terima kasih walaupun persembahannya menerima undi yang rendah berbanding ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien, yang dinobatkan sebagai pemenang musim ini.

"Ia di luar harapan saya untuk menduduki dua tangga teratas. Daripada 200 persembahan, ia rapat kepada sembilan dan hari ini, saya hanya bersaing dengan Eric Chien," katanya kepada Bernama dan Harian Metro ketika ditemui selepas Keputusan Pertandingan.

Sebagai menduduki tangga dua teratas, Yaashwin perlu melakukan persembahan penutup dan memilih tema "Back to Skool" yang memerlukan penglibatan ketiga-tiga juri David Foster, Anggun Cipta Sasmi dan Jay Park, di atas pentas bersamanya.

Beliau memukau penonton pada pertandingan grand final dengan membuat persembahan "calendar problem" apabila mendapat mengenal pasti dengan tepat peristiwa tertentu berlaku dengan "menghitung" dari tarikh, bulan dan tahun.

Kesemua juri mendapat jawapan yang tepat daripada Yaashwin, pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn 2.

Ketika ditanya mengenai reaksi pertama ayahnya setelah mengetahui keputusan, Yaashwin berkata: "Ayah mengucapkan tahniah kepada saya.

"Dia bertanya kepada saya sama ada saya bersedih. Saya berkata tidak, dan ayah kemudian berkata saya berbangga dengan anda."

Yaashwin menyertai kelas abakus dan aritmetik mental ketika berusia tujuh tahun dan muncul sebagai juara dalam International Abacus and Mental Arithmetic Competition pada 2017.

Sebagai pemenang Asia Got Talent, Eric Chien yang bari-baru ini muncul sebagai pemenang kategori Close-up Magic Fedération Internationale des Sociétés Magiques meraih hadiah utama bernilai AS$100,00 (S$135,670).

Asia's Got Talent adalah adaptasi ke-67 dalam format pertandingan "Got Talent" yang memasuki Buku Rekod Dunia Guinness, yang disiarkan di 186 negara.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan