Skip to main content

Hiburan

Mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono antara pemuzik buat persembahan di Pestapora 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono antara pemuzik buat persembahan di Pestapora 2024

(Gambar: presidenyudhoyonoalbum/Instagram)

JAKARTA: Penganjur pesta muzik Pestapora 2024, Boss Creator, mengumumkan bahawa mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) akan tampil sebagai salah seorang pemuzik yang akan membuatkan persembahan pada acara tersebut yang akan berlangsung dari 20 hingga 22 September 2024.

"Untuk kehadiran Pak SBY, benar adanya dan telah memberikan pengesahan berdasarkan perjanjian antara kami, Pestapora, dengan pihak Pak SBY," kata Kiki Ucup, pengasas Boss Creator menurut laporan ANTARA pada Khamis (4 Jul).

Beliau menambah: "Kami sudah bertemu langsung dengan beliau, berbincang berkaitan rancangannya."

Encik Kiki turut mendedahkan bahawa Encik Yudhoyono akan tampil sebagai salah seorang pemuzik di pesta tersebut, tanpa sebarang agenda politik. 

"Kehadiran beliau tidak ada kena mengena (dengan agenda politik), beliau hanya sebagai sebuah penampilan dalam atur cara Pestapora," kata Encik Kiki, menurut laporan ANTARA. 
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pesta muzik Pestapora kali ini akan diadakan selama tiga hari, dipenuhi dengan barisan artis yang berbeza setiap hari.

Namun, pihak penganjur masih belum menentukan jadual penampilan Encik Yudhoyono di Pestapora 2024. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat kelak, lapor ANTARA. 
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita