Skip to main content

Hiburan

Mantan pelakon James Lye dilantik Ketua Global Perbankan Antarabangsa di Standard Chartered

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan pelakon James Lye yang terkenal dengan watak utama dalam siri drama seperti Triple Nine dan VR Man pada tahun-tahun 90-an dulu, dilantik sebagai Ketua Global Perbankan Antarabangsa di Standard Chartered.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (20 Okt) StanChart menyatakan: "Dalam jawatan baru ini, James Lye akan mengetuai pasukan Perbankan Antarabangsa dan memberi tumpuan untuk memacu perniagaan Perbankan Antarabangsa bank ini."

Lye sebelum ini mengalas tugas sebagai Ketua Pasaran bagi Citibank International Personal Bank Singapore.

Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perbankan termasuk dalam pelaburan lepas pantai dan produk pengurusan kekayaan.

Meskipun sudah meninggalkan dunia hiburan 24 tahun lalu pada 1998, jejaka 53 tahun itu sangat terkenal di Singapura kerana memegang watak sebagai VR Man serta Inspektor Mike Chin dalam siri drama polis, Triple Nine, yang mana beliau menang anugerah Star Awards bagi kategori pelakon baru.

James Lye berkahwin dengan pengacara televisyen, Diana Ser dan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita