Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mak Jah tidak lagi dapat berlakon kerana susah jalan; kini bergantung kepada bantuan

Anggaran Waktu Membaca:
Mak Jah tidak lagi dapat berlakon kerana susah jalan; kini bergantung kepada bantuan

Mak Jah memilih untuk berehat dari dunia lakonan kerana kesihatannya tidak mengizinkan. (Gambar fail: Adam Hamid Jarnail II/Facebook)

MALAYSIA: Pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, tidak lagi dapat menerima tawaran berlakon kerana sukar berjalan.

"Saya sekarang tidak lagi menjalani mana-mana penggambaran drama. Kali terakhir saya berlakon pada bulan puasa lalu," kata Mak Jah yang kini berusia 74 tahun kepada mStar.

"Badan saya sihat tetapi kaki saya lemah kerana mempunyai masalah urat saraf... Saya tidak boleh berjalan laju atau terlalu cepat," tambah beliau.

Pelakon itu juga menghidap kencing manis yang "naik sampai tak ada nombor sebab terlalu tinggi".

Lantaran itu, beliau memilih untuk menolak semua tawaran berlakon kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak di set penggambaran, lapor mStar.

"Dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, saya tidak mahu mengganggu pihak produksi.

"Saya juga tidak mahu menyusahkan pelakon-pelakon lain. Saya faham produksi nak habiskan penggambaran dengan cepat... kalau saya berjalan pun perlahan, sebelum orang marah baik saya elakkan diri daripada terlibat," ujar Mak Jah lagi.

Malangnya, pelakon drama 'Imam Instant Ustazah Scammer' itu kini berdepan masalah kewangan kerana tidak lagi berlakon sedangkan beliau perlu menanggung kos perubatan.

"Sejujurnya daripada segi kewangan memang tidak dinafikan sejak tidak berlakon, terasa sesak jugalah.

"Saya perlukan wang untuk perubatan. Di hospital kita hanya diberi ubat sahaja. Macam penyakit kencing manis, jarum dan perkakasan untuk suntikan kena beli sendiri," luah Mak Jah.

Beliau bagaimanapun bersyukur mendapat bantuan kewangan sebanyak RM500 (S$145) setiap bulan.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan