Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mahu dihormati keluarga & masyarakat, Aliff Syukri enggan cetus kontroversi lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Mahu dihormati keluarga & masyarakat, Aliff Syukri enggan cetus kontroversi lagi

(Gambar: @aliffsyukriterlajaklaris/Instagram)

SELANGOR: Usahawan kosmetik popular Malaysia, Aliff Syukri mendedahkan bahawa beliau kini sudah mula memperlahankan aktivitinya di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian netizen.

Menurut Aliff yang berusia 36 tahun, tindakannya itu berikutan menyedari anak-anaknya semakin meningkat remaja dan mahu memberikan lebih tumpuan pada perniagaan.

"Saya mengaku awalnya saya kejar glamor sebab saya bukan artis, tapi rupa-rupanya glamor tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa mendiamkan diri daripada kontroversi.

"Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu, saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi. Bukan nak riak tapi itulah hakikatnya.

"Jadi sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apa la sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagi la. Saya cuma nak cari ketenangan," katanya ketika ditemu bual pihak Astro AWANI. 

Terkenang beberapa kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini, Aliff berkata bahawa dia tidak sanggup lagi terpalit dengan sebarang isu panas kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.

Jelas penyanyi lagu Coba itu lagi, dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekali gus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.

"Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya, abah kenapa video viral macam ni? Kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la, walaupun kurang kontroversi, maruah lagi penting.

"Kita nampak anak kita dah membesar remaja, jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa susahnya membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar.

"Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” ujarnya, seperti dipetik Astro AWANI. 

Aliff ditemui semasa majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu malam (29 Jan). 

Berdepan dengan pelbagai cabaran perniagaan termasuklah kerugian, tempat penginapan miliknya yang dilanda bencana alam, Aliff mengambil pendekatan menarik diri daripada mencipta sebarang kontroversi yang akhirnya memakan diri.

“Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semula jadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.

"Kita kena sedar diri, kita akan tua. Tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gedik. Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.

"Dalam tahap sekarang ni, saya nak kekalkan apa yang ada saja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan Tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan," ujarnya lagi, menurut laporan Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan