Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mahkamah India tolak cubaan halang filem Bollywood, Padmavati, ditayang di luar negara

Mahkamah tertinggi India hari ini (28 Nov) menolak percubaan menerusi undang-undang untuk menghalang sebuah filem Bollywood daripada ditayangkan di peringkat global.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah India tolak cubaan halang filem Bollywood, Padmavati, ditayang di luar negara

Poster 'Padmavati' yang dibawa oleh salah seorang penunjuk perasaan. (Gambar: AFP/ Punit Paranjpe)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 08:49PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 08:54PM

NEW DELHI: Mahkamah tertinggi India hari ini (28 Nov) menolak percubaan menerusi undang-undang untuk menghalang sebuah filem Bollywood daripada ditayangkan di peringkat global.

Langkah mahkamah itu dianggap sebagai amaran terhadap sikap membuat tanggapan sebelum filem bergenre sejarah itu ditayangkan.

Filem kontroversil tersebut sudahpun mencetuskan bantahan ganas di India.

Kumpulan-kumpulan kasta mengadakan tunjuk perasaan terhadap filem Padmavati di tengah-tengah desas-desus bahawa ia akan menonjolkan kisah cinta antara seorang permaisuri Hindu dengan seorang pemimpin Muslim.

Filem epik itu dijadual ditayangkan pada 1 Disember namun ditangguhkan tanpa tarikh setelah lembaga penapisan enggan meluluskannya.

Mahkamah Tinggi India hari ini menolak petisyen undang-undang untuk melengahkan tayang filem tersebut di luar negara.

Ia menambah tiada orang yang sepatutnya membuat sebarang kesimpulan atau tanggapan mengenai penapisan tersebut sebelum filem itu dimasukkan ke dalam sebarang kategori.

Beberapa pegawai, termasuk pemimpin negara dari parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi, berikrar untuk mengharamkan filem itu kecuali jika bahagian yang berkontroversi dikeluarkan.

Para pemimpin sebuah kumpulan berkaitan kasta juga menawarkan 50 juta rupee (AS$769,000) kepada sesiapa sahaja yang "memenggal" kepala pelakon utamanya Deepika Padukone atau pengarah Sanjay Leela Bhansali.

Pada bulan Januari para penunjuk perasaan dari kumpulan kata Rajput Karni Sena menyerang Encik Bhansali dan merosakkan set penggambaran di Jaipur, Rajasthan.

Spekulasi bahawa filem itu turut menceritakan tentang hubungan romantik antara permaisuri Rajput, Padmavati, yang juga dikenali sebagai Rani Padmini dengan pemimpin Muslin dari kurun ke-13 dan 14th, Alauddin Khilji membangkitkan kemarahan para aktivis dari kasta perwira Hindu.

Para pembikin filem tersebut dituduh menyelewengkan fakta sejarah. Namun sebahagian sejarawan berkata permaisuri itu adalah watak mitos dan tiada bukti jelas bahawa beliau benar-benar wujud.

Encik Harish Salve, yang mewakili pengarah dan penerbit filem itu berkata mereka tiada rancangan untuk menayangkannya di luar negara sehingga ia sudah dimasukkan ke dalam kategori filem di India.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan