Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mahkamah California tolak tuntutan saman model bayi pada kulit album Nirvana

Hakim Mahkamah Daerah California menolak tuntutan saman oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya dieksploitasi secara seksual apabila gambarnya tanpa seurat benang semasa bayi dijadikan sebagai kulit album kugiran Nirvana pada 1991.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah California tolak tuntutan saman model bayi pada kulit album Nirvana

(Gambar: instagram/@spencerelden)

LOS ANGELES: Hakim Mahkamah Daerah California menolak tuntutan saman oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya dieksploitasi secara seksual apabila gambarnya tanpa seurat benang semasa bayi dijadikan sebagai kulit album kugiran Nirvana pada 1991.

Hakim Fernando Olguin menolak tuntutan saman oleh Spencer Elden selepas beliau mendapati bahawa peguam plaintif gagal mengemukakan kertas bantahan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Peguam Elden sepatutnya menyerahkan dokumen itu pada bulan lalu.

Olguin memberi Elden tempoh masa hingga 13 Januari ini untuk memfailkan aduan pindaan bagi menjelaskan rasa tidak puas hatinya sehingga beliau mengemukakan tuntutan saman tersebut.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada Ogos tahun lalu, Elden mendakwa beliau menderita seumur hidup disebabkan oleh gambarnya yang dipaparkan pada kulit album Nevermind oleh kugiran Nirvana.

Dalam dokumen yang dikemukakan oleh pihak defendan bagi memohon mahkamah mengetepikan tuntutan saman Elden, mereka berkata bahawa dakwaan imej yang diklasifikasi sebagai bahan lucah kanak-kanak itu adalah pada luaran sahaja, malah ia tidak serius.

Pihak defendan juga berkata Elden tidak boleh mendakwa dirinya sebagai mangsa eksploitasi seksual selepas menghabiskan masa tiga dekad mengaut keuntungan hasil gelaran sebagai 'bayi' Nirvana.

Malah, Elden pernah mencipta semula imej tersebut apabila usianya menginjak dewasa termasuk membuat tatu Nevermind pada bahagian dadanya.

LAPORAN BERKAITAN: Lelaki pada kulit album Nirvana tuntut ganti rugi atas dakwaan eksploitasi seksual

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan