Maher Zain kembali adakan konsert di SG selepas 8 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Maher Zain kembali adakan konsert di Singapura selepas 8 tahun. (Gambar: Offshore Entertainment/Instagram)
SINGAPURA: Penyanyi terkenal Maher Zain bakal mengadakan konsert di Singapura pada 2 Mac 2024. Ini merupakan konsert kali ketiga beliau di Kota Singa.
Kali terakhir penyanyi Sweden keturunan Lubnan itu mengadakan konsert di Singapura adalah lapan tahun lalu, iaitu pada Disember 2016 di Stadium Tertutup Singapura dan sebelum itu pada Jun 2011 di Singapore Expo.
Konsert kali ini akan berlangsung di Dewan 7 Singapore Expo.
Penganjur konsert, Offshore Entertainment, menyifatkan Maher Zain sebagai seorang penyanyi berwibawa yang berupaya menyatukan hati orang ramai.
"Beliau berupaya menyatukan orang ramai tidak kira dari mana asal anda, cabaran yang anda harungi, pencapaian anda, kaum mahupun agama anda.
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini kami juga menerima penonton daripada agama berlainan yang datang menyaksikan dan mendengar lagu-lagu beliau yang penuh bermakna. Kanak-kanak semuda usia 3 tahun, golongan belia, orang dewasa yang sibuk malah warga emas semuanya menikmati lagu-lagu beliau dan makna di sebaliknya," menurut Offshore Entertainment.
BERITA Mediacorp diberitahu Maher Zain akan mendendangkan kebanyakan lagu hits beliau dan juga-juga lagu-lagu 'single' terbaharu.
"Para penonton boleh menjangkakan emosi yang menyentap jiwa dan menusuk sanubari apabila mendengar lagu-lagu yang dapat mereka kaitkan dengan diri mereka. Ini kerana terdapat lagu-lagu berentak rancak dan perlahan yang menyentuh tentang perpaduan," tambah pihak penganjur.
Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah dibuai dengan lagu-lagu seperti Rahmatun Lil'Alameen, Ya Nabi Salam Alayka, For The Rest of My Life dan Mawlaya, bukan?
Apabila ditanya berapa banyak lagu yang akan didendangkan oleh Maher Zain, ini jawapan seloroh penganjur:
"Semua peminat beliau mahukan set lagu-lagu daripada tiga album (Maher Zain). Namun itu bermakna konsert beliau tidak akan ada penghujungnya."
Secara keseluruhannya, Maher Zain dijangka akan menyanyikan kira-kira 15 lagu atau lebih daripada itu sepanjang konsert sekitar 2 jam 20 minit.
Konsert Maher Zain kali ini turut menampilkan penyanyi undangan asal Britain, Harris J, yang popular dengan lagu Salam Alaikum.
Offshore Entertainment turut memberitahu BERITA Mediacorp bahawa terdapat lebih 6,000 tiket ditawarkan.
Tiket-tiket dijual pada harga antara S$68 dengan S$238 dan masih boleh dibeli dari laman sistic.com.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.