Maharaja zalim muncul semula dalam episod 'Rise of Skywalker' Star Wars
Edisi kesembilan filem "Star Wars" akan diberi nama "The Rise of Skywalker" dan para penonton boleh menjangkakan kemunculan maharaja zalim, Emperor Palpatine.

(Gambar: Adam George Key/Instagram)
CHICAGO: Edisi kesembilan filem "Star Wars" akan diberi nama "The Rise of Skywalker" dan para penonton boleh menjangkakan kemunculan maharaja zalim, Emperor Palpatine.
Emperor Palpatine dijangka akan menjadi seteru utama heroin muda Rey, dedah Walt Disney Co pada Jumaat (12 Apr).
Para peminat setia filem itu juga berpeluang menyaksikan sedutan pertama filem berkenaan sempena acara Sambutan Star Wars di Chicago.
Filem "The Rise of Skywalker" akan ditayangkan di pawagam merata dunia pada bulan Disember.
Ketawa jahat dapat didengar di akhir trailer itu, dengan pelakon yang memegang watak Emperor Palpatine dalam filem-filem sebelum ini, Ian McDiarmid, membuat penampilan di atas pentas.
Pengarah "The Rise of Skywalker", J.J. Abrams, berkata filem itu memaparkan peristiwa yang berlaku menyusuli filem "The Last Jedi" yang diterbitkan pada 2017.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.