Madonna dibenarkan pulang dari hospital, rehat di rumah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Ben Stansall)
NEW YORK:Penyanyi pop terkenal antarabangsa, Madonna yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan bakteria serius dilaporkan sudah dibenarkan pulang dari hospital dan sedang berehat di kediamannya di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (30 Jun).
Penghibur berusia 64 tahun itu dibawa pulang ke rumahnya dengan menaiki ambulans persendirian, lapor agensi berita CNN.
"Dia semakin pulih," kata sumber berkenaan kepada CNN.
Dalam perkembangan sama, sumber rapat itu memberitahu CNN, keadaan Madonna semakin pulih selepas keluar hospital.
Pada Khamis, pengurus penyanyi itu, Guy Oseary dalam catatan di Instagram berkongsi berita Madonna mengalami jangkitan kuman yang serius, yang menyebabkannya perlu mendapat rawatan selama beberapa hari di ICU.
"Kesihatannya bertambah baik, bagaimanapun masih di bawah pemantauan. Kami mengharapkan Madonna pulih sepenuhnya," tulis Encik Oseary.
Sehubungan itu, Encik Oseary turut mengumumkan, Madonna menangguhkan siri jelajah dunia sehingga pulih sepenuhnya.
"Buat masa ini, Madonna perlu menghentikan semua komitmen, termasuk siri jelajahnya.

"Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik sahaja mendapatkannya, termasuk tarikh baru untuk siri jelajah dan konsert yang dijadualkan semula," katanya.
Berdasarkan perancangan, Madonna bakal mengumumkan 84 tarikh bagi siri konsert jelajah dunia bulan depan.
Konsert berkenaan diadakan sempena ulang tahun ke-40 single pertamanya 'Holiday' pada tahun 1983.
Siri jelajah berkenaan diberi nama 'Celebration Tour' dan merupakan penampilan pertamanya selepas konsert Madame X pada tahun 2019 dan 2020.
Beberapa konsert ketika itu turut dibatalkan akibat kecederaan yang dialaminya di bahagian lutut dan pinggul, menurut Astro Awani.
Siri konsert kali ini dijangka bermula di Vancouver, Kanada pada 15 Julai dan berakhir di Mexico City, Mexico pada 30 Januari tahun depan.
Siri jelajah ke Eropah dijadualkan bermula pada 14 Oktober di Arena O2, di London, England.
Lagu hit Madonna merentangi beberapa dekad termasuk 'Into The Groove' (1985), kepada 'Vogue' (1990) dan 'Hung Up' (2005), antara lain.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.