Skip to main content

Hiburan

Madonna akan arah, tulis naskhah filem kisah perjalanan hidupnya

Universal Pictures mengumumkan pada Selasa (15 Sep) bahawa pihaknya sedang menghasilkan sebuah filem belum berjudul mengenai Madonna yang akan diarahkan dan naskhahnya ditulis oleh bintang pop itu bersama penulis cerita Juno, Diablo Cody.

Anggaran Waktu Membaca:
Madonna akan arah, tulis naskhah filem kisah perjalanan hidupnya

Madonna berucap di Anugerah Media GLAAD ke-30 pada 4 Mei (Gambar: Jamie McCarthy/Getty/AFP)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 02:06PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 02:12PM

AMERIKA SYARIKAT: Universal Pictures mengumumkan pada Selasa (15 Sep) bahawa pihaknya sedang menghasilkan sebuah filem belum berjudul mengenai Madonna yang akan diarahkan dan naskhahnya ditulis oleh bintang pop itu bersama penulis cerita Juno, Diablo Cody.

Madonna berkata beliau mahu filem itu menceritakan tentang "perjalanan hebat yang saya lalui dalam kehidupan sebagai seorang artis, seorang pemuzik, seorang penari - seorang manusia, yang mencari hala tujunya di dunia ini."

"Tumpuan filem ini sepenuhnya adalah muzik," kata Madonna dalam satu kenyataan. "Muzik mendorong saya dan seni membuat saya terus bersemangat dalam hidup. Ada banyak kisah tidak terungkap dan yang memberi ilham dan tiada orang yang lebih baik untuk menceritakannya selain saya. Penting untuk berkongsi perjalanan liku-liku kehidupan saya dengan suara dan pandangan saya."

Filem tersebut akan diterbitkan oleh Amy Pascal, bekas ketua Sony Pictures yang menerbitkan A League Of Their Own, sebuah filem yang turut dibintangi Madonna pada 1992.

"Saya menghasilkan filem ini dengan sepenuh hati," kata Pascal. "Saya mengenali Madonna sejak kami menghasilkan A League Of Their Own bersama, dan saya tidak boleh membayangkan sesuatu yang lebih mengujakan daripada bekerjasama dengannya dan Diablo dalam membawakan kisah benar hidupnya ke layar perak bersama Donna (Langley) dan rakan-rakan kami di Universal. "

Madonna, 62, sebelum ini mengarahkan drama dari Britain Filth And Wisdom pada 2008 dan drama sejarah WE pada 2011 bersama Abbie Corning dan Andrea Riseborough. Album terakhir Madonna, Madame X dihasilkan pada 2019. Beliau telah menjual 335 juta rekod di seluruh dunia sepanjang kerjayanya.

Sumber : CNA/AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita