M Nasir pertahan gelaran Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi 2024
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: M Nasir mengekalkan kedudukan sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2024 pada Jumaat malam (6 Dis).
Maestro muzik legenda itu mengenepikan saingan terdekat, iaitu Saari Amri dan Namewee, sekali gus mempertahankan anugerah yang pernah dimenanginya, tahun lalu.
M Nasir dalam ucapan ketika menerima anugerah mengakui apa yang diterima adalah hasil sokongan insan penting di sekelilingnya.
"Ini membuat saya mahu cuba mencipta sesuatu lebih bagus, sedap didengar dan artistik. Mereka inilah pengkritik terbesar saya. Saya bersyukur ada orang seperti ini," katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.
Selain itu, M Nasir turut memenangi kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu 'Tiara' mengatasi dua calon lain iaitu lagu 'Ke Zai Wo Xin Di De Ming' ciptaan Jia Wang dan 'Xu Yuan Ting' serta 'Gatal' (Aepul Roza).
Pada majlis anugerah yang sama, syarikat rakaman miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi kategori Lagu Luar Negara Persembahan Tertinggi menerusi lagu 'Cinta Sampai Mati' mengenepikan Warner Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd (Ya Allah) dan Shake Music Company Limited (Pamela).
Bagi kategori Lagu Melayu Persembahan Tertinggi dimenangi lagu 'Gatal' ciptaan sepenuhnya Aepul dengan menewaskan lagu 'Pasti' (Hang Nadim/Afiez Newboyz) dan 'Gadis & Bunga' (Johari Salleh), lapor BH Online.
Lagu Inggeris Persembahan Tertinggi dimenangi lagu 'Que Chill' ciptaan Malique dan Tripdis dengan lirik ditulis Hang Nadim mengatasi 'WHUT' (Aisha Retno) dan 'My World Too' (Aubrey Suwito).
Sementara itu, syarikat rakaman, Taja Archive Sdn Bhd memenangi kategori Penerbit Tempatan Pendapatan Tertinggi menewaskan pemenang tahun lalu, Luncai Emas Sdn Bhd dan satu lagi calon iaitu MVM Production Sdb Bhd.
Penerbit Pendapatan Tertinggi Universal Music Publishing Sdn Bhd mempertahankan kemenangan tahun lalu dengan menewaskan Sony Music Publishing Sdn dan Warner Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd.
Pencipta Terbaik di TikTok 2023/2024 dimenangi Harry Khalifah atau Apak dengan mengatasi M Nasir dan Saari Amri.
Penyanyi rap wanita yang kian menempa nama dengan pelbagai kejayaan diraih iaitu Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari diumum penerima kategori Komposer Muda Berpotensi, dipetik daripada BH Online.
Anugerah khas, Nadi Cipta diberikan kepada penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq atas pelbagai sumbangan dalam bidang muzik sepanjang hayatnya.
Anugerah MACP 2024 turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Nik Kamarulzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Azman Adam; Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Dr Mohd Zuhan Mohd Zain serta Pengarah Serantau, Gabungan Persatuan Pengarang dan Komposer Antarabangsa (CISAC), Benjamin Ng.
Acara berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada Salamiah Hassan, Misha Omar, Akim Ahmad, Stacy, Dhilip Varman, Bell Foo Zya dan M Nasir.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.