Skip to main content

Hiburan

M. Nasir ganding suara dengan penyanyi rap Kmy Kmo, Luca Sickta dalam lagu terbaru ‘Zuhud’

Penyanyi rap, penggubah lagu serta penerbit, Kmy Kmo dan Luca Sickta, tampil dengan lagu terbaru berjudul ‘Zuhud’ selepas kali terakhir muncul dengan single ‘Gong Nekara’ pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M. Nasir ganding suara dengan penyanyi rap Kmy Kmo, Luca Sickta dalam lagu terbaru ‘Zuhud’

M. Nasir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta. (Gambar: universalmusic_my/Instagram)

Diterbitkan : 30 Dec 2019 11:19PM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 11:30PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, penggubah lagu serta penerbit, Kmy Kmo dan Luca Sickta, tampil dengan lagu terbaru berjudul ‘Zuhud’ selepas kali terakhir muncul dengan single ‘Gong Nekara’ pada tahun lalu.

Menariknya, lapor hotfm, single terbitan LsandBeats dan Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu menampilkan seniman terkenal, M.Nasir.

Lagu Zuhud adalah hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama M.Nasir yang menggabungkan rentak hip hop dengan elemen muzik tradisional Melayu seperti serunai serta gamelan.

Judul dan lirik lagu tersebut juga mengangkat sebuah konsep yang sinonim dalam Islam, Zuhud, iaitu untuk tidak meletakkan kepentingan kepada dunia semata-mata tetapi lebih mengutamakan alam akhirat dalam kehidupan sehari-hari.

Pada 20 Disember lalu, video muzik rasmi Zuhud arahan Yussuf Yunus dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia dengan dibintangi pelakon terkenal iaitu Azri Iskandar.

Sehingga Isnin (30 Disember) malam, muzik video tersebut sudahpun mencatatkan lebih 450,000 jumlah tontonan.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita