M Nasir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Maestro muzik, M Nasir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang membawa gelaran doktor pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada Sabtu (23 Nov).
M Nasir atau nama sebenar, Mohd Nasir Mohamed, 67 tahun, menerima anugerah itu daripada Raja Permaisuri Perak yang juga Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim, lapor BH Online.
M Nasir berkata, anugerah itu dianggap pengiktirafan yang cukup besar terhadap perjuangan dalam bidang seni.
"Terima kasih kerana memberi penghormatan ini. Anugerah ini menjadi lebih bermakna apabila diberi sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengutamakan pendidikan dalam bidang seni.
"Anugerah ini sangat besar buat saya. Ini menunjukkan UPSI menghargai yang saya lakukan sepanjang 45 tahun dalam bidang seni," katanya kepada BH Online.
M Nasir turut melihat gelaran doktor diterima sebagai pekanya UPSI terhadap perkembangan industri hiburan tanah air.
"Biarpun ini bukanlah sesuatu yang baharu, namun, saya bersyukur kerana ia membuktikan mereka mengikuti perkembangan semasa dunia seni.
"Ini suatu penghormatan buat semua penggiat industri secara keseluruhan," katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.
Ditanya apakah beliau akan bekerjasama dengan UPSI dalam menjayakan sebarang projek selepas ini, M Nasir berkata, mereka sudah berkolaborasi sejak lapan tahun lalu.
"Syarikat saya, iaitu Luncai Emas Sdn Bhd menjadi rakan strategik UPSI melalui perjanjian persefahaman sejak 2016 sehingga sekarang.
"Melalui kerjasama itu, ramai pelajar UPSI menjalani latihan amali di syarikat saya," katanya yang menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021, lapor BH Online.
Selain M Nasir, istiadat yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah sehingga 30 November ini turut akan menyaksikan vokalis kumpulan Lefthanded, Nash, menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan.
M Nasir dan Nash masing-masing mempersembahkan nyanyian pada segmen selingan pada sesi pertama majlis tamat pengajian itu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.