Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

M Nasir cabar penyanyi muda 'kalau menyanyi bagus, jumpa saya'

Penggubah lagu, M Nasir menegaskan, beliau tidak pernah membataskan karya ciptaannya hanya untuk penyanyi tertentu seperti disangka ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
M Nasir cabar penyanyi muda 'kalau menyanyi bagus, jumpa saya'

M Nasir. (Gambar: M.Nasir/Facebook)

Diterbitkan : 27 Aug 2019 03:09PM Dikemas Kini : 27 Aug 2019 03:14PM

KUALA LUMPUR: Penggubah lagu, M Nasir menegaskan, beliau tidak pernah membataskan karya ciptaannya hanya untuk penyanyi tertentu seperti disangka ramai.

Penyanyi baharu tidak perlu takut memintanya menghasilkan lagu, asalkan mereka memiliki vokal berkualiti.

“Kriteria saya (menghasilkan lagu untuk artis lain) mudah sahaja. Kalau dia rasa sudah bagus, datang jumpa saya," dedahnya kepada BH Online.

“Saya pernah memberitahu, ada beberapa bakat muda yang saya nampak berpotensi untuk menyerlah, tetapi tidak perlu saya kongsi di sini.

“Cukup saya katakan, ramai penyanyi muda sedia ada yang bagus,” kata ditemui BH Online selepas sidang media Konsert M Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan, di sini, semalam.

Konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 November depan itu sempena meraikan ulang tahun ke-40 pembabitannya dalam industri muzik tanah air.

Ditanya mengenai pemilihan lagu, beliau berkata akan membawakan lebih 20 judul sepanjang dua jam persembahan, termasuk lagu ciptaannya yang pernah dipopularkan penyanyi lain.

“Banyak lagu yang saya hasilkan untuk penyanyi lain berada dalam senarai. Dalam carta pertama, saya letakkan lagu nyanyian Alleycats, Senandung Semalam yang saya tulis liriknya.

“Ada juga lagu seperti Kenangan Lalu nyanyian Flybaits, selain lagu popular Kembara dan Search. Selepas disenarai pendek, saya bawakan kepada beberapa rakan untuk menilai dan berbincang lagu mana yang bersesuaian untuk dipersembahkan nanti,” katanya mengenai konsert anjuran Shiraz Projects itu kepada BH Online.

Sumber : Agensi berita/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan