Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

M Nasir bakal adakan konsert di SG Julai ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Ini berita baik bagi peminat maestro muzik tersohor, M Nasir!

Beliau bakal mengadakan konsert di The Star Theatre pada 22 Julai nanti.

Konsert 'Gendang Pati' anjuran MUSE Plus itu menjanjikan persembahan yang rancak dan bertenaga bagi para peminat yang telah menyokong kerjaya seninya selama empat dekad.

Maksud di sebalik konsert 'Gendang Pati' itu adalah bagi meraikan rentak yang berdasarkan muzik Dunia dan kepulauan Nusantara serta inti pati irama.

Penggubah lagu dan penyanyi legenda itu bakal mendendangkan kira-kira 20 lagu dalam konsert selama dua jam itu.

"Bila dengar, mereka seronok nak menari. Mereka tidak boleh duduk diam, tetapi mereka nak menari. Kalau mereka malu nak menari, jiwa mereka melonjat-lonjat nak menari," seloroh M Nasir.

Penjualan tiket berharga S$118, S$148, S$198 dan S$398 sudah bermula sejak awal bulan ini.

SESI LEBIH INTIM DI LIONS STUDIO

Lebih istimewa, para pembeli tiket VIP berpeluang hadir di sesi yang lebih intim bersama M Nasir di Lions Studio.

Lions Studio adalah di mana beliau mulakan perjalanannya seninya dalam industri muzik di awal tahun 1980-an.

Dalam sidang media yang diadakan di The Ballroom hari ini (28 Jan), beliau berkongsi bahawa banyak kenangan manis yang dicipta di Lions Studio.

"Saya antara artis yang pertama yang menggunakan Lions Studio. Sudah tentu ada banyak cerita di situ. Tapi salah satu kenangan manis ialah merakam lagu besar yang pertama iaitu 'Kenangan Lalu'," kata beliau.

Menurut salah seorang pengasas MUSE+, Encik Sujimy Mohamad, 30 peratus daripada 100 tiket VIP sudah ditempah setakat ini.

"Dalam kategori VIP sebenarnya mereka akan mendapat dua persembahan. Sesiapa yang ada tiket VIP, mereka akan dapat menyaksikan konsert pada 22 Julai dan show tambahan iaitu sebuah persembahan khas di Lions Studio.

"Persembahan di Lions Studio adalah berbentuk akustik dan selama sejam. Mereka juga dapat berinteraksi dengan beliau seperti bertanya dengannya secara intim. Beliau akan mendendangkan lima hingga enam buah lagu," kata Encik Sujimy kepada BERITAmediacorp.

Sesi istimewa untuk 100 pembeli tiket VIP itu akan diadakan sehari sebelum konsert di Star Vista.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan