Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

M Daud Kilau makin sihat selepas pembedahan

Raja Gelek Malaysia, M Daud Kilau, 83 tahun kelihatan semakin pulih selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) November tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M Daud Kilau makin sihat selepas pembedahan

Penyanyi veteran M.Daud Kilau, dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Mar 2021 10:15AM Dikemas Kini : 01 Mar 2021 02:18PM

BAGAN DATUK: Raja Gelek Malaysia, M Daud Kilau, 83 tahun kelihatan semakin pulih selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) November tahun lalu.

Anak keduanya, Ahmad Zaini Muhammad Daud, 50 tahun berkata bapanya sudah tidak mengalami sesak nafas selepas tiga salur darahnya dimasukkan alat sten dalam pembedahan berkenaan, lapor BH Malaysia.

"Keadaan kesihatan ayah semakin baik selepas menjalani pembedahan. Beliau juga sudah tidak sesak nafas dan tercungap-cungap lagi.

Tambah beliau, bapanya kini banyak menghabiskan masa dengan berehat dan beribadah di rumah.

"Ayah lebih suka berehat di rumah selepas menjalani pembedahan, apatah dalam situasi pandemik COVID-19," katanya kepada BH Malaysia.

M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau yang turut dikenali dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi berdepan masalah kesihatan, sejak lima tahun lalu.

Beliau yang mempunyai penyakit kencing manis kini tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang sakit, selain jantung tidak stabil dan kurang daya pendengaran menurut laporan itu. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan