Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas tengah malam Rabu

Artis veteran Malaysia M Daud Kilau dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas tengah malam Rabu (9 Sep), lapor Sinar Harian.

Anggaran Waktu Membaca:
M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas tengah malam Rabu

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 08 Sep 2022 05:07PM Dikemas Kini : 08 Sep 2022 05:07PM
TELUK INTAN: Artis veteran Malaysia M Daud Kilau dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas tengah malam Rabu (9 Sep), lapor Sinar Harian.

Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.

Anaknya, Ahmad Zaini, 51 tahun, berkata, bapanya masih dalam pemantauan rapi doktor dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Doktor maklumkan kepada keluarga bahawa Dato (M Daud Kilau) kritikal, ada masalah paru-paru berair," kata Ahmad Zaini seperti dinukil laporan Sinar Harian.

"Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (bantuan pernafasan kecemasan) dan masukkan tiub bagi membantu pernafasannya," katanya kepada pemberita pada Khamis (8 Sep).

Penyanyi yang mendapat julukan Raja Gelek Malaysia itu pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Pada Jun lalu, ketika ditemui media, pelantun lagu popular Cek Mek Molek itu menyatakan hasrat masih mahu terus menghiburkan peminat, namun terpaksa dilupakan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, menurut laporan Sinar Harian.

Kali terakhir beliau beraksi di pentas adalah pada enam tahun lalu dan selepas itu tidak lagi aktif biarpun masih menerima jemputan untuk membuat persembahan.
Sumber : Agensi berita/SU/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa