Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

M Daud Kilau dah tak larat, tak mampu bergelek lagi

Sudah lama menyepi, apa khabar Raja Gelek M Daud Kilau?

Anggaran Waktu Membaca:
M Daud Kilau dah tak larat, tak mampu bergelek lagi

(Gambar: Perak Gazette/Facebook)

Diterbitkan : 23 Nov 2019 11:43PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 11:50PM

MALAYSIA: Sudah lama menyepi, apa khabar Raja Gelek M Daud Kilau?

Beberapa agensi berita tempatan baru-baru ini melaporkan, tahap kesihatan seniman tersohor itu semakin memburuk sejak beliau mengalami komplikasi buang air kecil pada 2016.

Beliau dikatakan sudah tidak lagi mampu menghiburkan orang ramai, kudratnya makin terbatas.

Dek usianya yang sudah mencecah usia 81 tahun juga, M Daud memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di rumah agar dapat beransur pulih.

"Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya," kata penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu 'Cek Mek Molek' ini.

Menurut Perak Gazette, M Daud juga dilaporkan perlu menjalani rawatan susulan antara dua atau tiga minggu sekali - sama ada di klinik atau hospital.

"Saya juga menghidap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat.

"Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi," kata M Daud meluahkan penderitaan yang ditanggung.

Dato M Daud Kilau. (Gambar: Laman Facebook Dato M Daud Kilau) 

(Gambar fail: Facebook Dato M Daud Kilau) 

Banyak tawaran menyanyi terpaksa ditolak walaupun sesetengah pihak penganjur tidak keberatan jika beliau duduk sambil menanyi.

Perak Gazette melaporkan, seniman itu sedang menetap di kampung halamannya, Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh, Perak. Beliau dikatakan pernah mengusahakan tanaman kelapa matang dan koko.

"Namun tanaman yang saya usahakan tak menjadi sebab saya dah tak larat. Saya berharap peminat mendoakan kesihatan saya.

"Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi," tambahnya lagi.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan