Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Liza Hanim, 5 anak & ibunya positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Liza Hanim, 5 anak & ibunya positif COVID-19

Penyanyi Liza Hanim semasa konsert Dua Diva di Esplanade pada Julai. (Gambar: @lizahanim79/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Liza Hanim dan lima orang anak serta ibunya positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Liza memberitahu Astro AWANI bahawa dia menerima apa yang telah ditakdirkan dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah buat mereka sekeluarga.

Kata Liza lagi, jangkitan disyaki berpunca daripada ahli keluarga lain yang datang menziarah ketika anak ketiganya berkhatan.

“Alhamdulillah, kami semua okay sahaja dan sedang kuarantin di rumah. Setakat ini tidak ada simptom yang teruk.

“Mujur ada suami yang menguruskan kami semua. Dia sahaja yang negatif selepas ujian calitan. Apapun saya anggap ini sebagai ujian dan reda,” katanya.

Tambah Liza dia turut mengalami simptom seperti hilang deria rasa dan bau serta demam.

“Saya alami simptom hilang deria rasa dan bau serta demam 'on off'. Batuk dan selesema juga. Begitu juga dengan anak-anak.

“Cuma anak bongsu dan ibu sahaja tidak ada simptom yang teruk,” katanya.

Awal dari itu, Liza berkongsi berita sedih mengenai dirinya dan keluarga positif COVID-19 menerusi laman sosial Instagram.

“Bismillahirrahmanirrahim. Yang ditakuti terjadi. I am part of the statictics now (saya sebahagian daripada statistik sekarang).


“Akak mohon doakan akak, mak akak dan kelima-lima anak kembali pulih daripada COVID-19. Alhamdulillah kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat,” tulisnya.
 

Sumber : Agensi berita/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan