Skip to main content

Hiburan

Lisa Blackpink bakal adakan acara jumpa peminat di SG pada Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Lisa Blackpink bakal adakan acara jumpa peminat di SG pada Nov

Gambar: Charles Sykes/Invision/AP

Diterbitkan : 25 Sep 2024 01:32PM Dikemas Kini : 25 Sep 2024 03:44PM
SINGAPURA: Anggota kumpulan wanita K-pop Blackpink, Lisa akan kembali lagi ke Singapura November ini, beberapa bulan selepas kemunculannya yang mengejutkan pada Mac lalu di konsert kumpulan K-pop Shinee dan konsert Taylor Swift "The Eras Tour".

Para peminatnya, yang dipanggil Blinks, akan berpeluang menyaksikan sendiri pelantun lagu 'Rockstar' itu pada 11 November nanti, menurut satu pengumuman yang dibuat oleh agensinya Lloud pada Selasa (24 Sep).
Singapura merupakan persinggahan pertama dalam jelajah acara temu peminat Lisa di Asia, yang juga akan menyaksikan beliau mengunjungi Bangkok, Jakarta, Kaohsiung dan Hong Kong.

Maklumat mengenai lokasi dan tiket akan diumumkan kelak.

Lisa meraih pelbagai pencapaian sepanjang kerjayanya tahun ini. Tahun ini sahaja, penyanyi-penyanyi rap dari Thailand itu mengeluarkan dua buah lagu berjudul. 'Rockstar' dan 'New Woman'. Beliau turut membuat penampilan sulung dalam pentas lakonan menerusi kemunculannya dalam musim ketiga siri televisyen popular Amerika Syarikat, The White Lotus HBO.

Awal bulan ini, beliau merangkul Anugerah Muzik Video MTV bagi K-pop dan persembahan terbaik semasa rancangan itu. Pada 25 Sep, beliau dijangka menyertai aplikasi pemesejan peminat Bubble, menjadikannya anggota Blackpink kedua yang berbuat demikian menyusuli Jisoo.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita