Skip to main content

Hiburan

Lelaki 'serang' Ariana Grande di acara SG diusir keluar daripada konsert Lady Gaga di Australia

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 'serang' Ariana Grande di acara SG diusir keluar daripada konsert Lady Gaga di Australia
Johnson Wen, lelaki yang dipenjara kerana perbuatannya di sebuah acara di Singapura, diusir keluar dari sebuah konsert Lady Gaga di Australia. (Gambar-gambar: TikTok/hey.itsbass, xxjamiechxpman)
SINGAPURA: Johnson Wen - lelaki yang memegang bahu penyanyi-pelakon Ariana Grande semasa tayangan perdana Asia "Wicked: For Good" di Singapura dan dipenjarakan selepas itu - diusir keluar daripada lokasi konsert Lady Gaga di Brisbane, Australia, pada Selasa (9 Dis).

Menurut video yang dirakam oleh para peminat di Stadium Suncorp Brisbane menunjukkan Wen, yang juga dikenali sebagai "Pyjama Man" diiringi keluar daripada tempat itu sebelum konsert Lady Gaga bermula.

Ia tidak jelas sama ada warga Australia berusia 26 tahun itu berhasrat mengganggu konsert Lady Gaga.

Namun, Wen terkenal kerana kerap mengganggu selebriti semasa acara diadakan termasuk konsert penyanyi Katy Perry di Sydney pada Jun lalu dan konsert The Weeknd di Melbourne pada 2024.

Dalam satu lagi video, Wen kelihatan cuba menyamar dengan memakai rambut palsu, misai palsu dan kaca hitam - sambil menunggu gilirannya memasuki tempat konsert.

Akibat perbuatannya di acara Wicked di Singapura, Wen dijatuhi hukuman penjara sembilan hari kerana mengganggu ketenteraman awam.

Sebelum dijatuhi hukuman, Wen memberitahu hakim bahawa dia akan berhenti mengganggu sebarang acara.

"Ya, saya akan berhenti, Yang Arif... Saya selalu menimbulkan masalah, Yang Arif," kata Wen.

Selepas menjalani hukuman penjara, Wen dihantar pulang ke Australia dan dilarang memasuki Singapura semula.
Sumber : CNA/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita