Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lelaki pada kulit album Nirvana failkan tuntutan saman sekali lagi

Seorang lelaki yang gambarnya tanpa seurat benang semasa bayi digunakan pada kulit album "Nevermind" Nirvana pada 1991, memfailkan tuntutan mahkamah sekali lagi terhadap kugiran itu kerana mengeksploitasinya secara seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki pada kulit album Nirvana failkan tuntutan saman sekali lagi

(Gambar: instagram/@spencerelden)

REUTERS: Seorang lelaki yang gambarnya tanpa seurat benang semasa bayi digunakan pada kulit album "Nevermind" Nirvana pada 1991, memfailkan tuntutan mahkamah sekali lagi terhadap kugiran itu kerana mengeksploitasinya secara seksual.

Ini selepas tuntutan samannya sebelum ini dibatalkan oleh seorang hakim di Amerika Syarikat.

Plaintif, Spencer Elden, mengekalkan dakwaan dalam aduan dipinda yang difailkan pada Rabu (12 Jan) di Los Angeles bahawa "gambar yang berunsur berahi itu" dianggap sebagai "pornografi kanak-kanak" yang membantu kugiran itu meraih hasil berjuta-juta dolar dengan mengambil kesempatan daripada dirinya.

Pemain dram Dave Grohl dan pemain bass Krist Novoselic, Courtney Love - balu kepada penyanyi utama Nirvana Kurt Cobain, beberapa syarikat label rakaman dan jurugambar Kirk Weddle adalah antara 10 defendan dalam kes itu. Elden menuntut bayaran saman sekurang-kurangnya AS$150,000 (S$201,794) daripada setiap seorang.

Para peguam bagi pihak defendan tidak segera memberi respons apabila diminta mengulas mengenai perkara itu pada Selasa.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan