Lelaki M'sia ditahan selepas beri alasan swafoto untuk cium tangan penyanyi Ara Johari
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi wanita berusia 26 tahun dilaporkan mengalami serangan seksual selepas membuat persembahan nyanyian di Dataran Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad (25 Jun).
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan menerima aduan daripada mangsa kira-kira pukul 12.01 pagi ketika beliau difahamkan selesai membuat persembahan nyanyian untuk satu program hiburan dalam sebuah festival yang berlangsung di lokasi kejadian, lapor agensi berita Majoriti.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, pengadu dilaporkan terlebih dahulu didatangi oleh seorang lelaki yang meminta kebenaran untuk berswafoto dengannya.
Setelah selesai swafoto, lelaki tersebut menarik serta menggenggam tangan dan seterusnya mencium tangan penyanyi terbabit.
Terkejut dengan tindakan itu, pengadu kemudiannya terus menjerit sekali gus memaksa lelaki berkenaan melarikan diri dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh pihak penganjur dan telah diserahkan kepada anggota polis yang bertugas di festival berkenaan, dipetik daripada Majoriti.
Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan yang tidak mempunyai rekod jenayah dan permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan dan telah diluluskan selama tiga hari bermula 26 Jun hingga 28 Jun 2023.
Dalam pada itu, mangsa yang dikenali sebagai Ara Johari, memuat naik penjelasan berhubung insiden berkenaan di laman Instagram peribadinya pada Isnin (26 Jun), menurut Majoriti.

Pelantun suara lagu 'Warkah Untukku' itu menjelaskan bahawa tangannya digenggam dan ditarik individu terbabit ketika bersalaman dan terus dicium sebanyak dua kali ketika kejadian.
"Dia cium tangan I dua kali. Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul! I cuba nak tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang tangan kuat gila," katanya.
Ara Johari berterima kasih kepada orang ramai yang berada di lokasi kejadian kerana membantunya ketika dia menjerit meminta tolong.
Kes terbabit dilaporkan sudahpun selesai dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu berkenaan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.