Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Legenda rock'n roll Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
 Legenda rock'n roll Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun

TIna Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun. (Gambar: CHRISTIAN CHARISIUS / DPA / AFP)

Diterbitkan : 25 May 2023 06:29AM Dikemas Kini : 25 May 2023 06:59AM
SWITZERLAND: Bintang legenda, Tina Turner, meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Turner memulakan kerjaya muzik beliau pada tahun 1950an semasa tahun-tahun awal rock 'n roll dan kemudian menjadi fenomena MTV, menurut Reuters.

Kesihatannya merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejak didiagnosis dengan barah usus pada 2016 dan menjalani pemindahan buah pinggang pada 2017.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu malam (24 Mei), wakilnya, Bernard Doherty, berkata: "Tina Turner Ratu Rock 'n Roll meninggal dunia dengan tenang pada usia 83 tahun setelah lama jatuh sakit di rumahnya di Kusnacht berdekatan Zurich, Switzerland. Pemergiannya, bermakna dunia kehilangan seorang legenda music dan peran contoh."

Turner dilahirkan dengan nama Anna Mae Bullock pada 26 November 1939 dan dibesarkan di Nutbush Tennessee, di mana beliau mengingati kenangan memetik kapas bersama keluarganya semasa beliau masih kecil, lapor The Guardian.

Beliau mula bernyanyi dengan sebuah koir di sebuah gereja kecil di bandar tersebut dan kemudian menyertai kugiran suaminya Ike Turner di St Louis.

Ike pada mulanya menolak permintaan Turner untuk menyertai kugiran tersebut sehinggalah beliau mendengar suara Turner semasa mempersembahkan lagu BB King, You Know I Love You, menurut The Guardian.

Selepas bakat vokal isterinya itu menjadi terserlah, Ike memberikan nama Tina Turner kepada beliau dan memastikan nama tersebut diberi tanda dagang. Ini sekiranya Turner meninggalkan Ike kelak dan Ike mahu menggantikannya.

Turner mengeluarkan single pertama A Fool in Love pada Julai 1960, yang melonjak ke carta muzik 30 teratas Amerika Syarikat.

Namun, persembahan secara langsung beliau bersama kugiran Ike menjadikan mereka satu sensasi muzik, lapor The Guardian.

Dalam video muzik beliau bagi lagu 'What's Love Got To Do With It', gaya Turner menjadi kegilaan pada tahun 1980an, sedang beliau berjalan di New York City dengan dandanan rambut perang yang tersendiri, memakai jaket jean singkat dan skirt mini serta bertumit tinggi.

Digelar Ratu Rock 'n Roll, Turner pernah memenangi enam daripada lapan Anugerah Grammy pada 1980an. Dekad itu menyaksikan lagu-lagu Turner menaiki carta 40 teratas, termasuk 'Typical Male', 'The Best', 'Private Dancer' dan 'Better Be Good to Me'.

Persembahan Turner di Rio de Jeneiro pada 1988 menarik 180,000 orang dan kekal sebagai salah satu konsert terbesar bagi seseorang penyanyi, lapor Reuters.
 
Sumber : Agensi berita/Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan