Legasi Layar Perak: Konsert memperingati bintang layar perak Studio Jalan Ampas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Wadah Seni Entertainment)
SINGAPURA: Sumbangan tiga seniwati layar perak, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarhamah Saadiah, dan Allahyarhamah Norsiah Yem, akan diraikan dalam Konsert Legasi Layar Perak yang akan berlangsung pada bulan April.
Konsert tersebut menjanjikan sebuah perjalanan nostalgia dan akan menjadi 'finale' atau penutup usaha Wadah Seni Entertainment dalam memperingati artis-artis veteran Studio Jalan Ampas, yang telah dijalankan sejak tahun 2017.
KONSERT RAI SENIMAN DAN SENIWATI LEGENDA
Buat julung kalinya, pelakon Fazlina Ahmad Daud yang kini 'viral' dengan watak ibu mertua jahat, akan menyumbangkan suaranya sebagai tanda menghormati ibu bapanya, Allahyarhamah seniwati Saadiah Baharom dan Allahyarham seniman Ahmad Daud.
Ini kali pertama Fazlina akan menyanyi di hadapan mana-mana khalayak.

Demikian didedahkan penganjur, Wadah Seni Entertainment, dalam sidang media yang dianjurkan semalam (21 Jan), di Malayan Council di Fullerton Waterboat House.
"Ini adalah konsert 'finale' daripada Wadah Seni Entertainment. Kali ini kami inginkan anak-anak sendiri memberi penghargaan kepada ibu bapa mereka. Dan saya memilih Azlina Aziz, Fazlina Ahmad Daud dan Eddy Ali untuk memberi penghargaan pada ibu bapa mereka. Dan artis-artis yang lain itu sebagai penambah rasa. Kita ada sketsa komedi, ada penceritaan," dedah penganjur konsert Legasi Layar Perak, ’Ukhti’ Siti Aminah Ismail.

Selain berkongsi pengalaman sebagai anak bongsu kepada pasangan seni legenda, Fazlina juga akan menghidupkan semula adegan filem yang pernah dilakonkan oleh arwah ibunya, Allahyarhamah Saadiah.
"Saya rasa teruja sangat-sangat sebab saya akan berada di atas satu pentas dengan idola-idola saya yang saya saksikan kerjaya mereka sejak saya kecil dan juga saya sangat menghormati. Inilah buah tangan saya untuk peminat-peminat arwah mak dan juga ayah saya. Inilah hadiah untuk anda semua kerana sentiasa menyokong, mendoakan dan juga memberi kasih sayang kepada kedua ibu bapa saya dan juga kepada kami sekeluarga," ujar Fazlina Ahmad Daud, secara eksklusif kepada BERITA Mediacorp.
Penghargaan kepada primadona filem terawal, Allahyarhamah Normadiah, yang menjadi teladan kepada seniwati-seniwati lebih muda seperti Sarimah dan K Fatimah, akan diserlahkan melalui penampilan penyanyi veteran Azlina Aziz, yang sudah lebih 10 tahun tidak membuat penampilan di Singapura.

Pihak penganjur berkongsi bahawa mereka perlu mengambil masa setahun untuk memujuk Azlina, yang sibuk dengan pelbagai acara di Malaysia dan Brunei, agar turut serta dalam konsert Legasi Layar Perak.
"Apa yang mendorong saya untuk melibatkan diri dalam Legasi Layar Perak ini? Sebab utamanya adalah, di dalam konsert itu nanti ada segmen khas yang memberikan penghormatan dan penghargaan untuk arwah mak. Dan di situ nanti saya akan sampaikan lagu-lagu nyanyian arwah mak secara solo dan juga berpadu suara," kongsi Azlina secara eksklusif kepada BERITA Mediacorp.
DARI BANGSAWAN KE LAYAR PERAK
Satu lagi penghargaan melibatkan era dari bangsawan ke layar perak, dengan menampilkan pelakon cilik dari era filem Melayu klasik, Eddy Ali, yang kini menjadi satu-satunya pelakon yang masih tinggal dari kalangan pelakon Cathay Keris.
"Saya rasa agak teruja dipilih untuk melibatkan diri dalam Legasi Layar Perak kerana ramai yang tidak tahu saya ini cucu kepada arwah Ibrahim Jaafar atau 'Pak Yem', Mak Minah, ibu saya Norsiah Yem, dan ayah saya, Ali Ahmad atau Ali Samson. Memang kalau kita hendak menceritakan sejarah lama, datuk saya, arwah Tok Yem, adalah 'towkay' bangsawan – Grand Noran Opera," kongsi Eddy Ali.

Eddy turut mengimbas kembali kenangan zaman kecilnya.
"Ibu saya bermula dari situ. Sebab ibu sudah dididik sejak kecil, jadi dia boleh bersilat di atas panggung. Saya sendiri pernah tengok, 'Eh, mak aku ini hebat juga bersilat!' Dan mereka gunakan keris betul! Dalam satu 'show' itu, ibu saya melemparkan keris ke lantai panggung dan keris itu melekat! Tercacak!"
Mengulas lebih lanjut mengenai perjalanan seni keluarganya, Eddy berkata, "Dalam bidang perfileman, banyak watak yang ibu saya pegang adalah sebagai pelakon pembantu, dan ada satu filem di mana ibu saya jadi heroin bersama Datuk Mustafa Maarof. Selain itu, ibu saya juga adalah pereka tari. Seniman dahulu bukan mengejar nama. Jadi bagi saya, saya sangat bangga dapat menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang keluarga saya yang berasal dari keluarga seni, dan bagaimana kini hanya saya sahaja yang tinggal sebagai wakil dari Cathay Keris."
Artis dari Melaka, P Radhi pula akan menghidupkan imej Allahyarham P Ramlee sewaktu zaman mudanya di Singapura.

Selain itu, penyanyi Milah Husin, yang pernah berlakon sebagai heroin dalam filem 'Si Badul', artis pempengaruh Haziq Rosebi, serta Rojer Kajol dari Kuala Lumpur, yang neneknya Siti Mariam merupakan penyanyi latar layar perak, turut membuat penampilan.
"Yang menarik tentang konsert itu, kita ada segmen-segmen seperti lagu-lagu purbawara, lagu-lagu moden dan kita ada penghargaan lagu-lagu saduran. Bermakna dalam konsert itu kita ada lagu Hindustan disadurkan ke lagu Melayu dan kita juga ada lagu Cina disadurkan ke lagu Melayu, termasuk sebuah lagu Melayu klasik yang ikonik! Bermakna, penonton dapat berhibur sambil mendidik jiwa, meruntun jiwa, kembali ke era zaman kegemilangan filem Melayu klasik.
"Untuk sketsa komedi, kita ada segmen daripada tiga Bujang Lapok, Aziz, Sudin dan juga Ramlee. Dan itu adalah salah satu impak untuk mencantikkan suasana konsert itu sendiri. Biasa kita tonton konsert yang mempersembahkan 15, 20 lagu. Tetapi Wadah Seni Entertainment kali ni bermurah hati menyediakan 30 buah lagu," tambah Cik Ukhti Aminah.
MENJULANG BAKAT MUDA TEMPATAN
Selain memberi penghormatan kepada legenda seni, konsert Legasi Layar Perak turut memberi tumpuan kepada bakat-bakat seni tempatan yang kurang dikenali, tetapi mampu setanding dengan artis-artis seberang.
Antara yang komited untuk menyegarkan lagu-lagu klasik layar perak dengan sentuhan moden yang sesuai dengan citarasa golongan muda ialah penyanyi tetap dan Naib Presiden Orkestra Melayu Singapura, Hafiz Hamzah.
"Alhamdulillah. Saya sangat teruja dan berbesar hati kerana dipilih oleh produser untuk menjayakan konsert ini. Penyegaran yang akan saya lakukan ialah dengan bekerjasama dengan pengarah muzik, Al-Hafiz Jamat. Kami akan memberikan susunan muzik baharu, tetapi tetap berpegang pada elemen-elemen yang dikenali dari lagu-lagu klasik agar dapat diterima oleh semua peringkat usia, dari nenek-nenek kita hingga ibu-ibu kita. Dan saya yakin, golongan belia sekarang akan mendapati bahawa lagu-lagu lama ini tidaklah membosankan atau mendatar," kata Hafiz dengan penuh semangat.

Beliau turut menjelaskan, "Dengan susunan muzik yang disertai orkestra, kami berharap golongan muda akan teruja dan kembali minat untuk mencari serta mengkaji asal-usul lagu-lagu klasik ini. Ini memberi peluang untuk mereka mengenalinya dengan lebih mendalam melalui media masa dan menambah pengetahuan mereka."
Mengulas lebih lanjut mengenai keistimewaan irama Melayu klasik, Hafiz berkata, "Saya suka cara nyanyian irama Melayu klasik, cara yang lembut dan mendayu-dayu, tetapi tidaklah begitu membosankan sehingga tertidur! Pada saya, ini adalah sesuatu yang sangat berharga untuk kita pelajari dan persembahkan kepada penonton."
Legasi Layar Perak yang disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan dan Soulitaire Productions akan berlangsung pada 30 April di Panggung Capitol.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.