Laudya Cynthia Bella pasang niat berundur dari dunia hiburan
Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cynthia Bella, akur tidak lagi menerima tawaran filem.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Laudya Cynthia Bella/Instagram)
JAKARTA: Pelakon filem Indonesia Laudya Cynthia Bella tidak memberikan penjelasan apabila ditanya mengenai rancangannya dalam bidang hiburan.
Malah, bekas isteri Engku Emran itu juga memaklumkan beliau ingin berundur diri dari dunia seni yang sudahpun menaikkan namanya, lapor Liputan 6.
Dalam wawancara di saluran YouTube Intens Investigasi, Laudya Cynthia Bella bahkan akur beliau sudah lama tidak muncul di depan khalayak ramai.
Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan itu juga berkongsi bahawa beliau tidak lagi menerima tawaran untuk membintangi filem.
"Mohon doanya ya, insyaAllah tidak ada filem lagi. InsyaAllah, mudah-mudahan ya Allah semoga istiqamah. Terakhir adalah filem Buya Hamka," ujarnya, seperti ditukil Liputan 6.
"Memang sudah niat, semoga Allah tolong ya. Namanya manusia kita kan pasti lemah ya dan yang kuat itu hanya Allah, jadi setiap detik semoga Allah tolong," sambungnya.
Dengan perniagaan yang kian berkembang maju, Laudya Cynthia Bella jelas bukan hanya mahu berjaya di dunia dalam perniagaan hijab, masakan dan solekannya.
"Saya ingin berjaya bukan di sini sahaja, bukan di dunia saja tapi nanti saat di akhirat juga, insyaAllah saya dapat mendapatkan titik yang paling tinggi juga.
"Masih banyak yang harus saya pelajari saat ini apa lagi dengan status saya sekarang masih ada hal-hal yang harus saya pelajari," ungkapnya dalam laporan Liputan 6.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.