Laman web rasmi Lady Gaga paparkan ikon Singapura jelang konsert

Laman web rasmi bintang pop Lady Gaga mempamerkan ikon-ikon Singapura seperti taman permainan naga. (Gambar: Jordan Strauss/Invision/AP, ladygaga.com)
Ini dilakukan menjelang konsert yang dinanti-nantikan di Singapura, bertajuk Lion City Mayhem, pada 18, 19, 21 dan 24 Mei di Stadium Negara. Singapura merupakan satu-satunya perhentian beliau di Asia.
Simbol-simbol tempatan yang dipaparkan termasuk taman permainan naga, bekas makanan bertingkat ala Nonya, orkid Vanda Miss Joaquim, dan tanglung Peranakan.

Anda masih boleh melihat latar belakang Singapura apabila anda melawat laman webnya pada peranti bukan iOS, tetapi ikon-ikon tersebut tidak akan timbul. Sebaliknya, anda akan melihat bot-bot berlumba di atas air.
Animasi dan ciri-ciri khusus negara ini juga dilakukan dengan cara yang sama untuk bandar-bandar lain yang beliau lawati, termasuk Rio de Janeiro di Brazil dan Mexico City.
Pada bulan Mei, peminat-peminat tegar Lady Gaga juga boleh menikmati pelbagai acara untuk meraikan ketibaan bintang pop ini di Singapura, termasuk pertunjukan cahaya bertema Lady Gaga di MBS, parti selepas konsert, tawaran makanan dan minuman dan banyak lagi.
Konsert terakhir Lady Gaga di Singapura adalah pada tahun 2012 untuk Born This Way Ball Tour, di mana beliau mengadakan tiga pertunjukan di Stadium Tertutup Singapura. Beliau juga mengadakan konsert dan persembahan eksklusif pada tahun 2009 dan 2011.
Pertunjukan beliau di Singapura diumumkan selepas pengeluaran album studio ketujuh beliau, Mayhem, pada bulan Mac. Album yang mengandungi 14 lagu ini dilihat sebagai kemunculan semula era popnya yang dahulu.
Sebelum pengeluaran album tersebut, beliau memperkenalkan tiga lagu tunggal: Disease, Abracadabra dan Die With A Smile.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.