Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lagu tema JDT hasil kerjasama Snoop Dogg, Joe Flizzow

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta sejarah yang tersendiri apabila menjalin kerjasama strategik dengan Universal Music Asia Tenggara dan syarikat rakaman Def Jam melalui lagu tema Pioneers yang menampilkan penyanyi rap terkemuka dunia, Snoop Dogg.

Pemilik kelab bola sepak tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu Malaysiakini bahawa JDT sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik demi meningkatkan kemajuan kelab bola sepak yang dinaunginya itu.

“Apabila bercakap mengenai kelab JDT, berulang kali saya ulang ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak semata-mata.

“JDT adalah satu empayar. Saya tak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa, dedahnya kepada Malaysiakini.

“Itulah idea penubuhan JDT, sebuah kelab bola sepak yang bagi saya, mempunyai cerita penuh inspirasi,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail memaklumkan, pada awal penubuhan JDT, banyak pihak memandang enteng masa depan kelab tersebut yang diramalkan hanya mungkin bertahan untuk beberapa tahun saja.

Namun, kata Tunku Ismail, JDT berjaya membuktikan kelab itu sebaliknya menjadi semakin kuat.

“Ramai orang meramalkan bahawa kelab ini hanya akan bertahan untuk tempoh dua tahun.

“Hari ini, kami dah berusia 10 tahun dan kami semakin kuat hari demi hari,” ujarnya lagi.

Menurut Tunku Ismail, dalam menubuhkan sebuah kelab bola sepak, perkara yang paling susah adalah untuk mendapatkan hasilnya.

Katanya lagi, untuk mendapatkan hasil dan wujud bersama secara komersial, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka kemungkinannya.

“Kadang-kadang saya cubit diri saya sendiri apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang nyata.

“Sekarang dah jadi satu kelab yang hebat dan semakin bergerak ke hadapan, kami akan terus komited memperkenalkan jenama yang dibangunkan ke serata dunia,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan