Lagu 'Stay Home' nyanyian 14 artis tanah air galak warga S'pura #dudukrumahsaja
Selepas lagu 'The Light' yang dikarang bersama oleh JJ Neo, artis-artis tempatan sekali lagi bergabung suara untuk menyanyikan lagu terinspirasi daripada COVID-19 sekarang bagi menggalak warga Singapura supaya duduk di rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.

14 artis tanah air bergabung suara untuk menyanyikan lagu berbilang bahasa #StayHome menggalakkan warga Singapura untuk duduk di rumah.
SINGAPURA: Selepas lagu 'The Light' yang dikarang bersama oleh JJ Neo, artis-artis tempatan sekali lagi bergabung suara untuk menyanyikan lagu terinspirasi daripada COVID-19 sekarang bagi menggalak warga Singapura supaya duduk di rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan.
Bertajuk 'Stay Home', lagu berbilang bahasa dikeluarkan oleh Universal Music Singapore itu dipersembahkan dalam gabungan empat bahasa - Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil. Ia menampilkan vokal Charlie Lim, Yung Raja, Fariz Jabba, ShiGGa Shay, Alif, ABANGSAPAU, Tosh Rock, Iman, Aisyah Aziz, Shye, Zadon, YAØ, Hashy dan Dee Kosh yang - seperti mesej diterapkan dalam lagu itu - merekodkan muzik video tersebut di rumah masing-masing.
Diilhamkan oleh dan dengan kolaborasi bersama #JanganKeluar Malaysia - sebuah single yang diterbitkan sebagai tindak balas kepada perintah kawalan pergerakan negara tersebut -
‘Stay Home’ menyuntikkan ciri-ciri tempatan untuk menarik penonton setempat. Ia juga dinyanyikan dalam empat bahasa rasmi untuk meraikan kepelbagaian di Singapura.
Dengan menampilkan lirik yang mengajak pendengar untuk kekal bersemangat teguh semasa tempoh mencabar ini, Universal Music menyatakan lagu itu juga menekankan mesej bahawa penjarakan sosial bukan bermakna penjarakan emosi.
Ditulis dan dihasilkan dalam masa hanya 11 hari, orang ramai boleh mendengar lagu itu di stesen-stesen radio Mediacorp 987, Class 95, YES 933, Oli 968 dan Ria 897 serta meLISTEN.
Ia juga boleh didengarkan di wadah penstriman termasuk
Spotify, Apple Music dan YouTube Music manakala video muziknya - yang menampilkan bagaimana para artis meluangkan masa duduk di rumah - boleh disaksikan di YouTube.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.