Lagu baru 'Yang Memiliki' dekat dengan kehidupan seharian, kata Jamal Abdillah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Universal Music Malaysia
KUALA LUMPUR: Jamal Abdillah merupakan antara penyanyi legenda yang masih aktif dalam berkarya dan membuat persembahan. Malah, sambutan terhadap dirinya juga tidak pernah sunyi. Peminatnya juga muncul dari setiap generasi dan zaman.
Malah, Encik Jamal Abdillah dilihat sebagai penyanyi yang bijak mengatur kerjaya seni agar terus kekal relevan. Selain muncul dengan single baru, kolaborasi dengan beberapa penyanyi muda dan popular masa kini antara pendekatan dibuat.
Terbukti hasilnya berjaya apabila lagu yang dirakam Jamal bersama mereka menjadi siulan anak muda dan kekal trending hingga kini.
Terbaru, Jamal, 63 tahun, muncul dengan lagu 'Yang Memiliki' hasil ciptaan sepenuhnya oleh Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu.
Jamal berkata dalam sebuah kenyataan pada Jumaat (7 Okt) bahawa lagu barunya itu cukup dekat dengan kehidupan seharian selain apa yang dinikmati hari ini hanya bersifat sementara.
“Lagu ini mengisahkan mengenai kita sebagai manusia hanyalah hamba yang menumpang sementara di atas muka bumi ini. Segala kenikmatan yang kita miliki hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT.
“Kenikmatan yang dipinjamkan untuk kita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya, semuanya adalah pilihan kita. Kaya atau miskin itulah ujian buat kita. Segala kehebatan, keindahan, kecantikan, kesempurnaan, keagungan dan segala yang baik-baik adalah daripada Allah, Pemilik dan Pencipta yang abadi,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu 'Yang Memiliki', Jamal berkata dia jatuh cinta dengan melodi dan lirik yang dihasilkan.
“Lagu dan lirik 'Yang Memiliki' disiapkan terlebih dahulu oleh penerbit dan pencipta lagu iaitu Kusham sebelum saya mendengarnya. Kali pertama mendengar, saya suka dan terus bersetuju menyanyikan lagu itu.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.