Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lagu Anta Permana Siti Nurhaliza antara lagu kegemaran Raja Charles

Anggaran Waktu Membaca:
Lagu Anta Permana Siti Nurhaliza antara lagu kegemaran Raja Charles

Raja Britain, Raja Charles III. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Mar 2025 10:45AM Dikemas Kini : 11 Mar 2025 10:46AM
LONDON: Lagu Anta Permana dendangan biduanita Siti Nurhaliza merupakan antara lagu kegemaran Raja Britain, Raja Charles III, yang menjadi pilihan beliau sempena meraikan muzik dari negara-negara Komanwel.

Lagu Siti Nurhaliza itu adalah antara 17 lagu daripada para penyanyi legenda di merata dunia yang menjadi pilihan beliau.

Ini termasuk Bob Marley, Kylie Minogue dan Diana Ross.

Raja Charles bekerjasama dengan Apple untuk melancarkan "The King's Music Room", iaitu rancangan radio di mana beliau berkongsi lagu-lagu kegemarannya dari negara-negara Komanwel dan menjangkaui Komanwel.

Semasa siaran rancangan radio itu, Raja Charles turut berkongsi kisah-kisah pertemuan beliau dengan sebahagian artis yang dipilih dan mendedahkan mengapa lagu-lagu tersebut mewarnai kehidupan beliau, lapor The Sun.

Menurut Raja Charles, lagu Anta Permana yang dikeluarkan pada September 2018 dan digubah oleh Ezra Kong dan Hael Husaini, adalah "mengenai rasa cinta yang melangkaui zaman", lapor Daily Mail.

Rancangan radio itu dirakam sempena meraikan Hari Komanwel pada Isnin (10 Mac). Komanwel merupakan sekumpulan 56 negara, yang kebanyakannya pernah dijajah British.
 
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan