Skip to main content

Hiburan

Lady Gaga dilihat di Pusat Makanan Maxwell sehari selepas konsert keduanya

Lady Gaga melakukan aksi ala "Abracadabra" pada petang Selasa (20 Mei) apabila beliau tiba-tiba muncul di Pusat Makanan Maxwell, salah pusat penjaja yang ikonik di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lady Gaga dilihat di Pusat Makanan Maxwell sehari selepas konsert keduanya

Lady Gaga menikmati hidangan dan berinteraksi dengan peminat di Pusat Makanan Maxwell. (Gambar: Xiaohongshu/Aukse Grei, TikTok/itsfiqqy)

SINGAPURA: Lady Gaga melakukan aksi ala "Abracadabra" pada petang Selasa (20 Mei) apabila beliau tiba-tiba muncul di Pusat Makanan Maxwell, salah pusat penjaja yang ikonik di Singapura.

Dengan penampilan serba hitam termasuk 'bodysuit', cermin mata hitam Prada dan kasut but bertumit tinggi, penyanyi yang turut digelar "Mother Monster" itu dilihat menikmati hidangan penjaja sementara para peminat yang digelar "Little Monsters" mula menyedari akan kehadirannya.

Pemenang Anugerah Grammy berusia 39 tahun itu ditemani rombongan pengiring, dan kumpulan tersebut dilihat memesan beberapa cawan Milo Dinosaur dan beberapa minuman lain.

Menurut warga net, Lady Gaga duduk di meja 171 – betul-betul di hadapan sebuah gerai yang menjual popiah, Fortune Popiah.

Kebanyakan peminat yang berada di situ hanya memerhati dari jauh, namun beberapa orang sempat mendekati meja Gaga dan berinteraksi dengannya.

Ketika beliau dan rombongannya bersiap untuk meninggalkan Pusat Makanan Maxwell, sekumpulan kecil berkumpul dan bersorak untuknya.

Beliau juga sempat berhenti seketika untuk menandatangani album Mayhem milik seorang peminat sebelum menuju ke kenderaannya.

Dua lagi konsert Lady Gaga dalam siri Mayhem dijadual berlangsung pada 21 dan 24 Mei. Persembahannya meraih pujian peminat dan pengkritik kerana nilai produksi yang hebat dan mutu persembahannya yang memukau.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita