Skip to main content

Hiburan

Labubu dijangka tembusi pasaran layar perak tidak lama lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Labubu dijangka tembusi pasaran layar perak tidak lama lagi
Topi Labubu (Gambar: CNA/Lindsay Jialin)
Diterbitkan : 18 Nov 2025 10:04AM Dikemas Kini : 18 Nov 2025 10:05AM
HOLLYWOOD: Anak patung Labubu yang popular sehingga mencetuskan fenomena global mungkin akan menembusi pasaran layar perak dan dijadikan sebuah filem tidak lama lagi, lapor The Hollywood Reporter pada Jumaat (14 Nov).

Sony Pictures sudah memuktamadkan perjanjian untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan patung bergigi itu, lapor syarikat tersebut.

Filem itu kini di peringkat awal penghasilannya dan belum diputuskan sama ada ia akan ditayangkan secara langsung atau dalam bentuk animasi.

Sony belum lagi memberikan sebarang komen.

Labubu, yang dijual oleh Pop Mart dari China, menjadi fenomena global tahun ini. Ia diperagakan ke sana sini oleh selebriti-selebriti terkenal termasuk Rihanna dan penyanyi Lisa dari kumpulan K-pop Blackpink.

Para pembeli sanggup beratur panjang untuk membeli anak patung itu dalam bentuk 'blind box' yang merahsiakan model sebenar sehingga dibuka.

Sony sudah menghasilkan filem-filem seperti Jumanji serta siri animasi popular Netflix, KPop Demon Hunters.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita