'La Luna' dipilih sebagai penyertaan SG untuk Anugerah Oscar bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Filem 'La Luna' arahan pengarah Singapura, M Raihan Halim, telah dipilih sebagai penyertaan rasmi Singapura bagi kategori 'Filem Cereka Antarabangsa Terbaik' di Anugerah Akademi (Oscars) 2025.
Pemilihan itu diumumkan Suruhanjaya Filem Singapura (SFC), sebahagian daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA), yang menilai dan memilih filem itu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Filem itu mengisahkan tentang seorang wanita yang membuka kedai pakaian dalam di sebuah kampung konservatif di Malaysia sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat setempat.
Pelbagai isu yang masih dianggap "taboo" dalam masyarakat konservatif, seperti hak wanita dan keganasan rumah tangga, ditonjolkan melalui jalan cerita yang penuh dengan elemen humor dan sindiran halus.
Filem terbitan Clover Films dan Papahan Films itu adalah hasil kerjasama dengan ACT 2 Pictures dan One Cool Film dari Malaysia.
Sejak ditayangkan di pawagam pada November 2023, 'La Luna' telah menarik perhatian penonton di Singapura, Malaysia, dan Indonesia.
"Kami teruja untuk mempersembahkan 'La Luna' sebagai penyertaan Singapura untuk Oscar 2025. Ini merupakan satu lagi tahun yang hebat buat filem yang dibuat di Singapura dengan sokongan kukuh di pesta-pesta filem seperti Cannes, Venice dan Busan.
"'La Luna' adalah bukti hebat kepada kehidupan berbilang bahasa dan etnik Singapura yang menghasilkan cerita yang menarik. Kami sangat bangga dengan M Raihan Halim dan pasukan produksi, serta pelakon dan kami menantikan berita baik di Oscar 2025," kata Penolong Ketua Eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) Justin Ang.
Pengarah & Penulis Skrip, M. Raihan Halim juga berkongsi keterujaannya apabila filem arahannya itu dipilih.
"Saya sangat merasa rendah diri, kagum dan berbesar hati untuk mewakili Singapura dengan filem kami, 'La Luna'. Saya dan pasukan sangat terharu," kata Encik Raihan dari Papahan Films.
Filem tersebut menampilkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Singapura, termasuk Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, dan Hisyam Hamid.
Sharifah Amani, yang membawakan watak utama sebagai 'Hanie Abdullah', mengakui tidak menjangka filem itu akan dipilih untuk mewakili Singapura di Oscars.
"Untuk diiktiraf oleh Singapura sebagai pemilihan rasmi mereka untuk Oscars adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Setiap filem mempunyai nyawanya sendiri dan 'La Luna' adalah karya yang lahir daripada semangat dan kerja keras semua orang yang terlibat.
"Pengiktirafan ini adalah untuk kita semua yang percaya kepada kuasa penceritaan untuk merapatkan jurang dan saya benar-benar bersyukur dan teruja dengan apa yang akan datang kelak," kata pelakon, Sharifah Amani.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.