Kumpulan S.U.I juara Kaki Nyanyi
Kumpulan S.U.I menjadi juara pertandingan Kaki Nyanyi yang disiarkan di saluran Suria pada Selasa (28 Jan).
(Gambar: Mediacorp)
This audio is generated by an AI tool.
Pertandingan yang mula ditayangkan pada 3 Disember 2024 itu diterbitkan Najip Ali, menggabungkan 24 penyanyi solo Singapura ke dalam beberapa kumpulan.
Sebagai juara, S.U.I yang mempunyai empat orang anggota iaitu Myra, Sunny Jackson, Izat Ibrahim dan Syaz Smooth menerima hadiah S$20,000.
Kumpulan itu juga akan bekerjasama dengan seorang anggota kumpulan terkenal KRU dari Malaysia, Edry Abdul Halim untuk menghasilkan sebuah single.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.