Kumpulan rok Malaysia Wings bakal adakan konsert di SG pada 7 Nov
Kumpulan rok ikonik Malaysia, Wings, akan kembali ke Singapura pada 7 November untuk mengadakan konsert 'Rockin' The Lion City'.
Vokalis Wings, Awie. (Gambar: Facebook/Sayap-Sayap Wings)
- Kumpulan Wings akan mengadakan konsert 'Rockin' The Lion City' di Teater Esplanade, Singapura pada 7 November.
- Barisan anggota termasuk Awie, Sham, Edrie Hashim, Am dan Pae akan membuat persembahan bersama.
- Tiket mula dijual pada 15 September melalui BookMyShow dengan harga bermula S$88 hingga S$248.
- Konsert ini menawarkan lagu-lagu jarang dipersembahkan serta susunan muzik yang diperbaharui untuk peminat.
Awie, yang sudah lama menjadi vokalis utama Wings, akan berganding dengan Sham dan Edrie Hashim sebagai pemain gitar, Am sebagai pemain bes serta Pae sebagai pemain dram.
Tiket akan mula dijual pada pukul 12.00 tengah hari pada Selasa (15 Sep) menerusi BookMyShow, dengan harga dari S$88 hingga S$248.
Ditubuhkan pada 1985, Wings dianggap sebagai antara kumpulan muzik terbesar Malaysia dan mempunyai deretan lagu malar segar, termasuk Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati dan Sejati.
Menurut penganjur konsert 'Rockin' The Lion City', persembahan tersebut akan menampilkan "lagu-lagu yang jarang dipersembahkan" serta "susunan muzik yang segar dan diperbaharui".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.