Kumpulan pop Ireland The Corrs adakan konsert di SG pada Feb 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ingat lagi lagu 'Breathless'?
Kumpulan empat adik-beradik dari Ireland yang menyanyikan lagi tersebut, The Corrs, akan membuat persembahan di Singapura pada 13 Februari 2025, jam 8.00 malam.
Ia sebagai sebahagian daripada jelajah Talk On Corners kumpulan itu dalam konsert satu malam sahaja di The Star Theatre.
Harga tiket bermula dari S$125 dan dijual pada Jumaat (15 Nov), 12.00 tengah hari.
Ia boleh dibeli di semua cawangan SISTIC, melalui laman SISTIC atau dengan menghubungi hotline SISTIC di 6348 5555.
Dengan muzik genre pop rok dan disulamkan dengan nyanyian penuh harmoni, The Corrs adalah "keluarga pemuzik" pertama Ireland, yang terdiri daripada adik-beradik Andrea, Sharon, Caroline dan Jim, menurut kenyataan media Midas Promotions.
Kumpulan tersebut menjual lebih 40 juta album sejak kemunculannya buat kali pertama.
Antara lagu-lagu hitnya termasuk Heaven Knows, Runaway, So Young, Only When I Sleep, dan tentunya, Breathless.
The Corrs akan mendendangkan lagu-lagu mereka daripada album keduanya, yang menerima jualan terhebat setakat ini, Talk On Corners, serta beberapa lagu popularnya semasa jelajah tersebut.
Pengumuman jelajah itu juga diikuti dengan berita bahawa kumpulan tersebut merancang untuk mengeluarkan vinyl bagi album keduanya, Talk On Corners.
Kali terakhir The Corrs membuat persembahan di Singapura adalah bagi Grand Prix Singapura Formula 1 tahun ini.
Ini meskipun begitu banyak kumpulan malar segar Barat terbang ke negara ini untuk membuat konsert.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.