Kumpulan nasyid Saujana anjur konsert sulung; gabung anggota baru dan lama Mac ini
Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan nasyid Saujana. (Gambar: Saujana)
BERITAmediacorp: Kumpulan nasyid Malaysia Saujana, yang popular dengan lagu Sepohon Kayu, akan mengadakan konsert sulung selepas 25 tahun berada dalam industri muzik.
Lebih istimewa, kesemua tujuh anggota Saujana - yang asal dan juga yang baru - bakal bergabung di satu pentas bagi konsert tersebut.
Anggota asal Saujana terdiri daripada Mohammad Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman, Dr Faizul Hizal Ghazali, Dr Khairul Idzwan (Idzu) Baharin dan Mohd Hakimi Harun. Manakala anggota barunya ialah Ahmad Zuhaidi Abd Aziz dan Wan Najran Wan Noh.

Konsert Saujana 25 Tahun itu, yang berlangsung pada 5 Mac 2023 di Kuala Lumpur, dianjurkan oleh Saujana sendiri di bawah syarikat Sciptology Sdn Bhd milik Ahmad Zuhaidi dan Azalinor.
Yang menariknya, konsert mereka akan menampilkan konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama tradisional, hasil kolaborasi Saujana dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Selain itu, ia turut menampilkan beberapa artis undangan seperti Ustaz Nazrey Johani, kumpulan Awla (gabungan Saujana dan NowSeeheart), Andika serta Ustaz Nabil.

IDEA TERCETUS 5 TAHUN LALU
Idea untuk mengadakan sebuah konsert tercetus sejak lima tahun lalu, apabila menyaksikan kumpulan-kumpulan nasyid lain melakukan demikian.
“Lebih-lebih lagi Saujana tidak pernah buat konsert.Sedangkan kumpulan nasyid lain ada yang sudah buat lebih dari sekali konsert. Alhamdulillah, inilah masanya untuk kami gabungkan semula ahli-ahli lama untuk menghargai 25 tahun pelibatan Saujana," kata Ahmad Zuhaidi.
Apabila ditanya mengapa baru selepas 25 tahun diadakan sebuah konsert?
Dr Khairul Idzwan berkata ia disebabkan faktor masa.
Tuntutan pendidikan, kerjaya dan kehidupan peribadi setiap anggota menjadi keutamaan dalam tempoh lebih dua dekad lalu.
"Daripada awal mungkin kita ketika habis belajar itu kita sibuk dengan sambung belajar, kita melanjutkan pelajaran dan selepas itu muncul era baru nak kerja and seterusnya baru nak berkahwin.
"Alhamdulillah dipanjangkan umur setiap anggota Saujana ke tahap ini. 25 tahun selepas tahun pertama kita muncul barulah akhirnya ada masa untuk kita semua berkumpul dan sama-sama mengimbau saat-saat dan detik sepanjang 25 tahun dan kita rangkumkan dalam konsert Saujana 25 ini," kata beliau kepada BERITAmediacorp.
Selain itu, Saujana juga menerbitkan semula lagu Sepohon Kayu versi baru, dengan susunan muzik baru serta 'rap' oleh mereka sendiri!
Ini bakal dipersembahkan secara langsung untuk para peminat mereka nanti.

SAUJANA 25 TAHUN LALU
Saujana pertama kali diperkenalkan dalam industri muzik nasyid Malaysia pada tahun 1997. Pada waktu itu, lima anggota asalnya masih lagi di bangku sekolah, di sekolah yang sama.
Mereka kemudian menjadi artis rakaman dan bernaung di bawah syarikat rakaman gergasi BMG Music Malaysia ketika itu.
Sebagai artis rakaman, Saujana melalui perjalanan kerjaya muzik yang agak panjang dan berjaya menghasilkan tujuh album studio.
Album-album studio yang dihasilkan mereka itu adalah Saujana (1997), Saujana II (1999) Kembara Cinta (2000), Rahsia (2002), Lima Bintang (2004), Jalan Sehala (2005), Nota Cinta (2010) dan Aku Cinta Allah (2013).

Namun, selepas 10 tahun bersama empat anggota mereka iaitu, Dr Khairul Idzwan, Mohd Hakimi, Dr Faizul Hizal dan Wan Najran Wan Noh terpaksa meninggalkan kumpulan atas tuntutan kerjaya profesional mereka.
Sementara beberapa lagi anggota iaitu Mohammad Suffian, Azalinor, Ahmad Zuhaidi meneruskan perjuangan Saujana serta turut menubuhkan sebuah lagi kumpulan iaitu Awla yang merupakan gabungan anggota kumpulan Saujana dengan NowSeeheart.
Saujana pernah mengadakan persembahan di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan dan ada yang melayakkan mereka menerima anugerah platinum dan anugerah emas.
DAHULU DAN SEKARANG
Menyentuh tentang perbezaan Saujana dahulu dan sekarang, Wan Najran sempat bergurau "Saujana dulu macam ini, sekarang macam ini", merujuk kepada saiz setiap anggota yang dahulu kecil sekarang besar.
Namun beliau menambah, dari segi teknik tenaga dan teknik nyanyian mungkin lebih baik sekarang.
"Dari segi penghayatan pun rasanya sebab Saujana sudah semakin matang. Sudah 25 tahun. Bila kita nyanyi lagu Keluarga Bahagia memang kita rasa sungguh-sungguh apabila kita sudah berkeluarga dan sebagainya," ujar Wan Najran.
SERU PEMINAT SG TONTON KONSERT
Menjelang Konsert Saujana 25 Tahun pada 5 Mac ini, kumpulan itu berharap para peminat mereka di Singapura turut sama-sama meraikannya dengan menonton konsert yang diadakan buat julung-julung kalinya itu.
"Saya rasa Saujana dan Singapura ini sebenarnya ada satu yang kita panggil ukhuwwah yang dekat juga. Kami banyak kali juga membuat persembahan di Singapura dulu. Ada program dengan madrasah, ada program di masjid, ada program dengan MUIS di Expo dan sebagainya.
"Kalau ada rezeki kita teringin nak buat konsert di Singapura. Tapi yang paling penting kita nak suruh semua saudara-mara kita, kawan-kawan kita di Singapura untuk turun ke Kuala Lumpur dahulu pada Mac nanti," seru Azalinor.
Jadi apa yang boleh para peminat jangkakan bagi konsert tersebut?
"Nombor satu, ini adalah 'reunion' Saujana. Jadi semua tujuh ahli Saujana yang asal dan juga ada yang terkini akan bergabung di atas pentas. Bukan sahaja 'reunion' untuk Saujana tapi 'reunion' untuk peminat yang juga sudah mengikuti kami sejak 25 tahun yang lalu," Mohammad Suffian memberitahu BERITAmediacorp.
Beliau menambah, kejutan yang kedua adalah kerjasama hebat antara Saujana dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
"Yang ketiga, tenaga kami. 20 lagu akan dipersembahkan. Jadi daya tahan pakcik-pakcik ini mungkin lain macam. Tengoklah macam mana kami persembahkan lagu itu," seloroh beliau.
Konsert Saujana 25 Tahun bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam, 5 Mac ini di Zepp KL.
(Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my)

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.