Kumpulan nasyid Raihan syukur dihargai masyarakat luar
Kumpulan nasyid Raihan berjaya mencipta pelbagai kejayaan termasuk mengadakan persembahan di luar negara pada era 90an, namun genre muziknya semakin tenggelam dalam industri seni Malaysia.

Kumpulan nasyid, Raihan. (Gambar: Raihan Official/Facebook)
KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid Raihan berjaya mencipta pelbagai kejayaan termasuk mengadakan persembahan di luar negara pada era 90an, namun genre muziknya semakin tenggelam dalam industri seni Malaysia.
Meskipun berasa terkilan kerana kurang dikenali oleh generasi baru, namun Raihan yang dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim menerima hakikat perubahan yang sedang dilalui mereka.
Dalam wawancara bersama Astro Awani, Raihan memberitahu bahawa kumpulan itu tidak pernah berkecil hati apabila lebih menerima undangan dari luar negara berbanding Malaysia. Antara negara-negara yang pernah mengundang Raihan untuk membuat persembahan termasuklah Indonesia, Dubai, Australia, Kanada, dan Afrika Selatan.
"Mungkin kerana Raihan sudah ada komuniti sendiri, jadi kami kat situ je lah. Segala undangan ini juga bukanlah menerusi ejen atau promoter, sebaliknya lebih kepada hebahan mulut ke mulut. Mereka sendiri mahu Raihan," kata Che Amran kepada Astro Awani.
Walaupun kurang dikenali oleh peminat di Malaysia, namun Che Amran berkata kumpulan itu bersyukur masih lagi terdapat sambutan dari luar negara.
"Kita ikut flow saja tetapi apa yang saya boleh katakan Raihan terus lakukan apa telah dilakukan sejak dulu. Alhamdulillah, walaupun tiada sambutan di Malaysia, tapi di luar negara masih banyak.
"Namun, bukanlah bermaksud di Malaysia langsung tiada tetapi ia lebih kepada acara korporat dan tertutup," katanya lagi seperti yang dipetik oleh Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.