Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan muzik Indonesia Radja buat laporan polis berkait ugutan jenayah di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan ia menerima laporan daripada kumpulan muzik dari Indonesia, Radja yang mendakwa mendapat ugutan jenayah dan dilemparkan kata-kata kesat, pada pagi Ahad (12 Mac). 

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima laporan itu pada pukul 5.34 pagi.

Susulan itu, pihaknya merakam percakapan mangsa serta sedang mengesan individu yang disyaki terlibat. 

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah."

"Polis Johor memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan, " katanya menerusi kenyataan pada Ahad. 

Terdahulu, media melaporkan kumpulan itu mendakwa menerima ancaman bunuh serta dilemparkan kata-kata kesat selepas mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin di Johor Bahru, kira-kira pukul 11.15 malam pada Sabtu (11 Mac).

Ia dipercayai berpunca daripada salah faham antara kumpulan berkenaan dengan pihak penganjur.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan